Sila klik

Friday, September 18, 2015

SK Padang Melangit tutup akibat banjir


KAWASAN sekolah dinaiki air. FOTO ihsan bomba

Oleh Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Murid Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri diberi pelepasan cuti untuk hari ini berikutan kawasan sekolah itu dinaiki air sehingga paras buku lali selepas cuaca hujan yang tidak berhenti sejak pagi semalam.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rooslee Ismail ketika dihubungi memberitahu arahan itu dikeluarkan pada 8 pagi selepas mendapati sesi persekolahan sekolah itu terganggu dengan air yang mula memasuki kawasan sekolah itu sejak semalam.

"Kita masih memantau dan akan memberi makluman sekiranya terdapat sekolah lain yang terjejas kerana banjir itu," katanya.

Sehingga kini, hanya sekolah itu sahaja yang terjejas akibat banjir yang sudah mula melanda kawasan Beseri.

Sementara itu, beberapa lagi pusat pemindahan banjir sudah mula dibuka bagi penempatan sementara mangsa banjir yang terjejas antaranya adalah di Dewan Sri Malau, Masjid Banggol Sena, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer dan Dewan Orang Ramai Gial Selatan.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 11:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78207#sthash.ghnNGqVq.dpuf

No comments: