Wednesday, September 16, 2015

'Apa gunanya Indonesia mohon maaf tiap tahun'



 15 Sep 2015, 12:18 pm

Kerajaan digesa bertindak lebih tegas bagi menangani krisis jerebu yang berulang setiap tahun sejak 1993 – 22 tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee berkata kerajaan harus mengkaji tindakan undang-undang atau memberi tekanan melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya republik itu lebih serius.

“Apa gunanya kerajaan Indonesia memohon maaf kepada negara-negara jiran setiap tahun berlakunya krisis jerebu ini dan perkara ini tetap berulang setiap tahun tanpa berkurangan,” katanya.

Beliau membangkitkan laporan media Singapura Channel News Asia semalam bahawa terdapat 982 titik panas pembakaran terbuka dikesan di Sumatra Selatan, Jambi dan Riau di negara itu.

Bagaimanapun, katanya, Indonesia hanya menahan lebih kurang 70 orang yang disyaki bertanggungjawab ke atas kejadian pembakaran terbuka tersebut yang begitu berleluasa.

“Memang benar pihak Indonesia pernah menyatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab merupakan peladang-peladang ataupun syarikat-syarikat dari Malaysia dan Singapura tetapi apakah masalahnya jika kerajaan Indonesia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sekiranya mereka dibuktikan melanggar undang-undang negara tersebut?” katanya.

No comments:

Sila klik