Saturday, September 12, 2015

Filem realiti Upin dan Ipin


Erma sedang membuat pengambaran siri kartun popular Upin dan Ipin dalam bentuk filem cereka.

Oleh MOHD. HAIKAL ISA



KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, siri kartun popular, Upin dan Ipin akan diangkat menjadi sebuah naskhah filem cereka bukan animasi yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Filem terbitan Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios yang diberi judul Jeng.. Jeng.. Jeng itu diarahkan oleh pengarah berkaliber tanah air, Erma Fatima serta dibintangi pelakon popular seperti Awie, Pu­teri Balqis dan Siti Saleha.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 47, berkata, filem tersebut bukan filem animasi seperti yang diterbitkan sebelum ini tetapi ia merupakan sebuah filem berbentuk realiti atau live-action.

“Saya berasa gembira kerana diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem ini. Sudah lama tidak mengarah filem, saya rasa seronok kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan ramai kanak-kanak yang begitu berbakat dalam filem ini.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana filem ini baru sahaja mula menjalani penggambaran,” kata Erma ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3lW7TnB7P 

No comments:

Sila klik