Sunday, July 21, 2013

Eja dan Noryn hayati Ramadan

Rahmat, nikmat Eja, Noryn



TAWA dua jelitawan, Eja Saifuddin dan Noryn Aziz tidak berhenti-henti berderai. Ada sahaja perihal yang menggeletek hati mereka. Sesekali mereka mengangguk, menyambung bicara dan kemudian sama-sama menekup mulut untuk menahan gelak ketawa.

Anak mata dua wanita berstatus isteri itu bersinar-sinar sebelum mereka menyambung lagi ceritera lampau yang terlebih cukup untuk membuatkan mereka ketawa dan ketawa lagi. Isi perbualan mereka, ternyata tidak lain dan tidak bukan adalah tentang gelagat diri sendiri yang sudah ditinggalkan dalam diari kenangan.

Lega dan bahagia dengan apa yang sedang dinikmati ketika ini, sama ada Eja ataupun Noryn, kedua-dua wanita itu berada di dalam zon matang. Mereka boleh bercakap apa sahaja tanpa perlu berselindung. Jika ada yang tidak mahu diperincikan mungkin kerana gusar akan mengundang salah faham, maka diusulkan mereka dengan sepenuh hemah.

Sebelum masuk jauh ke dalam bab karier, rugi jika atmosfera Ramadan yang menebal ini tidak disentuh.

Bukan dalam fasa untuk mengira detik hari raya atau keterujaan membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang kian memanggil selepas Ramadan memasuki hari ke-12, Eja, 41, dan Noryn, 37, mempunyai tafsiran yang tersendiri.

"Pada usia yang lebih matang begini, pengertian puasa itu lebih mendalam. Dahulu, kita puasa kerana sejak kecil kita dididik untuk berpuasa. Sebagai orang Islam, kita wajib berpuasa. Puasa juga jadi macam satu budaya. Dahulu, buat sebab disuruh. Sekarang selepas kita sendiri membaca, masuk kelas dan belajar agama sikit-sikit, penghayatan Ramadan itu tidak hanya berpuasa.

"Ia lebih kepada proses mencari keredaan dan hidayah. Kalaulah semua fadilat Ramadan itu diketahui dan dihayati, saya pasti kita semua mahukan Ramadan bukan hanya sebulan tapi setahun," ungkap pemilik nama Siti Shahrizah itu kedengaran sayu.

Mengurangkan aktiviti seni kecuali undangan berbuka dan usaha sama bersama Cosry yang mengeluarkan tudung untuk Ramadan dan Aidilfitri, Eja mengaku dia banyak menerima hadiah berupa tudung, sejadah termasuklah hadiah tafsir al-Quran daripada seorang kenalan.

"Itu semua rezeki yang sangat disyukuri. Ada masanya, saya akan menyelak lembaran tafsir al-Quran yang dihadiahkan seorang kenalan. Itu merupakan hadiah yang sangat bernilai buat saya, padahal selama ini saya pernah dapat berjilid-jilid tafsir al-Quran, tetapi disebabkan leka dan sibuk dengan benda-benda lain, sudahnya ia tersimpan di rak buku sahaja. Sesekali terdetik juga pertanyaan dalam diri sendiri, adakah Ramadan ini yang terakhir buat saya, tapi itu cuma peringatan untuk diri. Memang kali ini lain benar rasanya," jelas Duta Cosry Skin Therapy itu yang menjalani Ramadan pertama setelah berhijab pada Mei lalu.


EJA menjalani Ramadan pada tahun ini dengan penuh penghayatan, jauh berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu.

Berbicara lagi tentang penghijrahan yang dilaluinya, ibu kepada Nur Eishal, 4, itu menganggap pengalaman yang dilalui sewaktu berdepan serangan artritis atau radang sendi pada hujung tahun 2012 sangat meninggalkan impak ke atas dirinya.

"Dulu, saya leka dan ambil mudah tentang banyak perkara. Asyik sibuk dengan kerja. Tapi, peristiwa yang berlaku pada Hari Raya Haji lalu sangat mengejutkan. Tuhan boleh tarik nikmat hidup dalam sekelip mata sahaja. Bangun pagi dengan rasa sakit yang amat sangat. Hal itu membuat saya terfikir tentang banyak benda," ujarnya mendalam sambil tidak habis mengucapkan rasa syukur.

Ketika tidak banyak berlakon selepas penggambaran dan penyiaran drama bersiri Balqis di RTM, hari raya nanti Eja bakal muncul dengan sebuah drama berjudul Dari Ibu di TV3.

Menemukan Eja dengan Noryn, gandingan dua wanita daripada dua lapangan seni berbeza itu ternyata suatu kelainan yang cukup mendamaikan. Lama atau baru berhijab, mereka bercakap atas nada yang sama cuma berbeza rasa.

"Saya jenis yang berhijrah sikit demi sedikit. Balik daripada menunaikan haji pada tahun 2010, saya mula jaga pakaian kemudian berturban. Puas lilit turban dan kadang-kadang timbul rasa malu kepada Allah, satu hari, sekitar tahun 2011, saya ambil kata putus mahu bertudung penuh.

"Dugaannya memang banyak, masa itulah macam-macam tawaran penajaan datang, dapat untuk produk syampu dan gula-gula pun ada. Ada juga yang minta saya buka tudung hanya untuk penggambaran., tapi, alhamdulillah," katanya yang gembira semakin ramai artis wanita yang berhijab namun mereka masih aktif dalam seni.

Sentuhan Noryn

Berbicara tentang Ramadan, Noryn juga seperti Eja. Selama ini ibadah puasa ditunaikan kerana itu kewajipan namun, kedewasaan menjadikan pengertian Ramadan tambah bermakna buat mereka.

"Kadang-kadang bulan puasa ini rasanya macam raya. Tak tahu kenapa tetapi perasaan itu datang. Sebelum ini puasa kerana wajib tapi sekarang lebih kepada reda Allah. Baca al-Quran dan baca kisah-kisah nabi jadi amalan setidak-tidaknya sekali sehari. Kalau tiada keuzuran, saya mahu bertarawih penuh seperti tahun-tahun terdahulu.

"Betullah kata orang bahawa bulan Ramadan itu bulan yang dinanti-nantikan. Syukurlah saya masih bernyawa untuk menunaikan ibadat ini," jelas Noryn yang mengambil berkat Ramadan untuk mempromosikan dua single terbaharunya.

Tidak menyifatkan kelahiran Tinta Putih dan Mutiara sebagai cameback setelah dua tahun agak perlahan dalam aktiviti nyanyian, Noryn sebaliknya mengambil pendekatan menzahirkan lagu-lagu kerohanian sebagai satu daripada proses mengimbangi karier seni dengan imejnya itu sejak tiga tahun lalu.

"Tahun 2010 saya muncul dengan album yang 100 peratus berirama jaz tapi album itu tidak sampai kepada semua peringkat khalayak, ia lebih dekat kepada peminat lagu-lagu jaz sahaja.


NORYN AZIZ kini beralih ke arah lagu-lagu kerohanian. Dua single terbaharunya Tinta Putih dan Mutiara direalisasikan khas untuk mendekati dan menyentuh hati khalayak.

"Memang dalam tempoh itu saya hanya kurang muncul tapi masih mendapat undangan korporat. Saya juga tidak pernah buat single. Dulu setiap kali buat lagu, muzik dan susunannya mesti nak bombastik sebab minat kecenderungan saya tapi, kali ini berlainan sekali. Dua buah lagu itu lebih fokus kepada melodi. Ramai yang bertanya kenapa tidak buat lagu rentak jaz. Bukannya senang mahu menyentuh hati khalayak dengan lagu-lagu," ulas Noryn ekoran kelainan genre muziknya yang kini beralih ke arah islamik.

"Banyak elemen teknikal, kawalan vokal serta melodi dan lirik yang disederhanakan. Kalau selama ini mahu menimbulkan kekaguman para peminat tapi sekarang setidak-tidaknya lagu saya itu dapat menyentuh hati pendengar dengan melodi dan liriknya, itu sudah mencukupi," tambah Noryn lagi yang mahu meninggalkan imej seperti yang dilihat pada hari ini jika suatu hari nanti dia pergi jauh dari dunia seni.

Kelahiran lagu berbentuk kerohanian hasil kolaborasi Manusia Putih dan Budi Hekayat itu pada mulanya membuatkan Noryn kerisauan.

"Saya bimbang khalayak melihat saya tidak tetap pendirian muzik. Tetapi, rasanya tidak semua sedar tentang penghijrahan saya. Setidak-tidaknya jika suatu hari nanti saya meninggalkan dunia seni, saya juga telah meninggalkan sesuatu yang berguna untuk diri dan peminat. Saya mahu imej ini yang dikenang orang," tambahnya sambil menyifatkan nyanyian lagu kerohanian bersulam pop itu lebih sukar berbanding irama jaz yang cukup sebati dengan dirinya.

sumber artikel : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2ZeJrCpu8

Saturday, July 20, 2013

Abby Abadi dan suami berkempen di PRK DUN Kuala Besut

Abby Abadi Mula Berkempen Bersama Suaminya [FARHAN] di PRK Kuala Besut | Secara Rasmi Bersama Suami Tersayang [GAMBAR] di pentas ceramah | Malam di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.




Perkahwinan yang menutup segala tomahan dan fitnah yang di alami oleh Abby sejak bergiat aktif dalam pentas politk beliau berkeseorangn selama ini ( Janda ). Sekarang Abby Abadi sudah ada tempat untuk meluahkan perasaan dan tempat bergantung. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat..Ameen

Abby Abadi bantu kutip dana PRU DUN Kuala Besut


Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long
Abdul Rahim Sabri
 Jul 19 2013

Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Friday, July 19, 2013

Abby Abadi sudah berkahwin

Abby Abadi sudah bernikah
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
19 Julai 2013


Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi

Twitter Abby Abadi

Wednesday, July 17, 2013

Penjawat awam harap bonus raya

Ceupacs: Bonus Aidilfitri satu keperluan
NIZAM ZAIN
16 Julai 2013


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman

SHAH ALAM – Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Sila klik