Thursday, September 17, 2015

5,000 kamera di Masjidilharam

Gambar hiasan dari Google

Agensi


Makkah: Lima ribu kamera pengawasan beresolusi tinggi dipasang di Masjidilharam dan kawasan suci lain oleh direktorat Masjidilharam.

Pengarah keselamatan masjid paling suci umat Islam itu Mejar Jeneral Mohammad Al-Klewi berkata, pihaknya merancang memasang lebih banyak lagi kamera seumpama itu pada masa depan.

Menurutnya, semua kamera yang sudah siap dipasang itu baru.

“Kamera itu membolehkan bilik kawalan melihat setiap sudut perjalanan haji, termasuk kawasan yang jauh dari Masjidilharam,” kata Mohammad.

Pihaknya merancang memasang lebih banyak lagi kamera itu pada masa depan untuk menjadikan jumlahnya 9,000, selaras dengan pembesaran masjid itu.

“Kami juga mempunyai pegawai yang ditempatkan di pelbagai lokasi untuk berkhidmat dan melindungi jemaah. Mereka akan bertugas secara bergilir-gilir 24 jam sehari,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78063#sthash.zqFNWGRG.dpuf

No comments:

Sila klik