Wednesday, September 16, 2015

Peraduan nasyid tawar hadiah lumayan


MAHER Zain

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:03 AM

Selalunya kalau pertandingan menyanyi, mesti berduyun-duyun yang datang ke sesi uji bakat. Tengok saja pertandi­ngan realiti seperti Akademi Fantasia (AF), Mentor, Malaysian Idol, OIAM, Audition dan Bintang RTM, hampir semuanya berjaya.

Namun, semuanya banyak berlegar dalam negara saja. Cik Pang teringin juga nak tengok penyanyi tempatan kita bertanding di luar negara seperti di Asia’s Got Talent atau X-Factor.

Cakap pasal luar negara, baru-baru ini teman Cik Pang berkongsi cerita menarik mengenai pertandingan nyanyian yang popular di peringkat antarabangsa. Pernah dengar Munshid Al Sharjah?

Tahun lalu ada seorang rakyat Malaysia bernama Idris Shamsudin berjaya dipilih ke pertandingan nasyid antarabangsa terbesar di UAE, terbitan Sharjah TV.

Hadiahnya bukan main-main, pemenang membawa pulang RM142,000 (150,000 dirham) dan satu unit kereta mewah BMW. Menarik tak?

Tahun ini pertandi­ngan itu akan kembali dan Munshid Al Sharjah sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam rancangan realiti antarabangsa itu.

Difahamkan, seorang daripada juri pertandingan untuk tahun ini ialah penyanyi popular, Maher Zain!

Kepada yang berminat, uji bakat terbuka pertandingan itu akan diadakan pada 14 September, yakni esok bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Syarat penyertaan hendaklah lelaki berumur 18 sehingga 26 tahun, nasyid dalam bahasa Arab dan diberi masa tiga minit. Apa lagi, sahutlah cabaran ini dan selamat mencuba!

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/77100#sthash.B7u0qUqC.dpuf

No comments:

Sila klik