Monday, September 14, 2015

Jerebu: IPU di Nilai cecah 172


KAKITANGAN keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memakai penutup hidung dan mulut ketika bertugas ekoran keadaan jerebu hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Nilai mencatatkan bacaan 172 iaitu tidak sihat setakat 3 petang tadi. - Foto BERNAMA

FARABI SAID | 14 September 2015 4:40 PM

SEREMBAN 14 Sept. - Kawasan Nilai dekat sini mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 172, yang tertinggi pada pukul 3 petang tadi berbanding kawasan lain seluruh negara.

Turut mencatatkan kualiti tidak sihat ialah di Seremban (167) dan Port Dickson (166).

Tinjauan Utusan Online di Nilai hari ini mendapati jarak penglihatan adalah antara 100 hingga 200 meter dengan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) dekat Seremban dan Nilai, jarak penglihatan pemandu turut terhad, walaupun berlaku hujan sekejap di beberapa tempat di dua kawasan terlibat.

Sementara di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Timbalan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, semua pelajar telah dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut sepanjang berada di situ.

Di Port Dickson, peniaga di kawasan Dataran Kemang mengeluh selepas perniagaan mereka terjejas akibat jerebu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, bilangan pesakit menerima rawatan di klinik kesihatan menunjukkan peningkatan dua kali ganda akibat jerebu akibat masalah sesak nafas, pedih mata, batuk dan sakit tekak. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/jerebu-ipu-di-nilai-cecah-172-1.135884#sthash.NHBmdzLE.dpuf

No comments:

Sila klik