Monday, January 24, 2011

Gambar Tarikan @ Melaka

Malacca - Colorful wooden cogs
Terompah Kayu Berwarna-warni

Malacca - Trishaws
Beca Melaka yang terkenal.

Malacca - Dutch Windmill
Replika Kincir Air Belanda

Malacca - The Building Facade
Bangunan Facade

Picture of Melaka, Melaka State
Dunia Haiwan A Famosa


Sunday, January 23, 2011

Pelancongan

Kedudukan industri pelancongan yang semakin meningkat kepentingannya telah menjadikannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negeri Melaka. Selaras dengan moto "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia", Kerajaan Negeri Melaka telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk melawat negeri mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini.
Perkembangan pesat industri pelancongan di Melaka telah meningkatkan lagi kegiatan pertukaran wang asing, yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri Melaka lebih fokus dalam usaha memperbaharui kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan luar negara utama, di samping meningkatkan usaha-usaha yang berterusan bagi mempromosikan pelancongan tempatan. Peluang terbuka luas kepada para usahawan, pemilik perniagaan dan pelabur yang menyokong sasaran Kerajaan.
Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan yang boleh membantu usahawan dan pelabur yang ingin menceburi industri pelancongan di Melaka. Sila klik untuk maklumat lanjut:

Lesen dan Permit
Lesen atau permit bagi semua jenis perniagaan dalam industri pelancongan, secara amnya akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Bagi lesen yang berkaitan dengan kenderaan dan pengangkutan, ianya akan dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.

Sila klik