MURID memakai penutup hidung dan mulut ketika hadir ke sekolah. Bacaan IPU pada tahap 82 (sederhana) di Kuala Lumpur ketika gambar ini dirakam. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kuching mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) amat tidak sihat pagi ini dengan bacaan mencecah 204, manakala lima lokasi lain di Sarawak di paras kualiti tidak sihat.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, Samarahan kian menghampiri bacaan amat tidak sihat dengan IPU 200, diikuti Kapit (137), Sri Aman (128), Sarikei (113) dan Sibu (106).
Ketika ini, bacaan IPU beberapa lokasi di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya turut kembali meningkat kepada tidak sihat.
Shah Alam mencatat IPU 107, Pelabuhan Kelang (101), Banting (113), Putrajaya (104), Bukit Rambai (126), Bandaraya Melaka (122), Port Dickson (109), Seremban (113) dan Nilai (106).
Situasi jerebu di ibu kota bagaimanapun mencatat bacaan sederhana berikutan hujan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 10:37 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78202#sthash.L7foc9yi.dpuf
No comments:
Post a Comment