Friday, March 25, 2011

Gambar bangunan-bangunan paling tinggi di dunia

Menara Berkembar Petronas
Tinggi 452 meter
88 tingkat, siap pada 1998

Shanghai, China
Tinggi 492 meter
101 tingkat dan siap pada 2007

Taipei, Taiwan
Setinggi 508 meter
101 tingkat dan mula dibina 2004

Dubai
705 meter tinggi, 160 tingkat
Siap 2008

Shanghai, China
Tinggi 1228 meter
300 tingkat
Dijangka siap pada 2020

Saturday, March 19, 2011

Gambar alam yang sungguh cantik.


Cantik sungguh ciptaan Allah SWT di dunia yang fana ini, belum lagi ciptaanNYA di syurga.

Ada lagi di sini.

Friday, March 18, 2011

Gambar pemandangan di gurun yang cantik


Walaupun panas dan kering namun di tangan jurugambar hebat di dunia menjadikan kawasan gurun nampak cantik dan hidup.

Layan lagi gambar-gambar yang cantik di sini.

Wednesday, March 16, 2011

Gambar cantik dari NatGeo 2011


Lagi gambar-gambar menarik di sini.

Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir

Essam Sharaf


Essam Abdel-Aziz Sharaf (Arab: عصام عبد العزيز شرف‎, Templat:IPA-arz; lahir 1952) adalah seorang ahli politik Mesir yang kini merupakanPerdana Menteri Mesir sejak 3 Mac 2011; sebelumnya beliau pernah menjadi Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2005.

Sharaf dilahirkan di bandar Giza, Mesir pada 1952.

Sharaf diketahui menentang hubungan normal dengan Israel. Beliau menganggap resolusi konflik Israel-Palestin sebagai prasyarat kerjasama antara dua negara tersebut.

sumber : Wikipedia

Monday, March 7, 2011

Pilihan raya kecil. Ada lagi kah?

Sekadar gambar hiasan.

Keputusan pilihan raya di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang telah pun kita ketahui. Apa pun yang penting rakyat telah diberi peluang untuk membuat pilihan terhadap segala rancangan dan program yang dinyatakan oleh kedua-dua pihak samada pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

Untuk tahun ini sahaja telah berlaku 16 kali pilihan raya kecil selepas PRU 2008. Kebanyakkan pilihan raya kecil diadakan kerana kematian penyandang ADUN atau ahli parlimen di sesuatu kawasan itu. Desas desus menyatakan yang lepas ini calon-calon yang akan bertanding di dalam pilihan raya mestilah melepasi tahap kesihatan yang optimum bagi langkah mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Bila berlaku pilihan raya di sesuatu kawasan yang untung ialah rakyat setempat yang akan dilimpahi dengan projek-projek pembangunan yang selama ini susah hendak dapat dengan wakil rakyat yang telah meninggal tersebut. Ini jika kita lihat dari sudut positifnya namun jika sebaliknya tentulah keadaan yang tegang antara penyokong-penyokong parti yang bertanding. Tetapi bagi rakyat yang berfikiran positif dan matang perkara ini boleh ditangani dengan baik dan aman.

Segala input yang diperolehi daripada parti-parti yang bertanding perlulah ditapis dengan pemikiran yang waras dan berpaksikan sandaran agama supaya pilihan yang dibuat tidak silap dan mendatangkan pekerjaan yang sia-sia. Jika rakyat telah matang dan boleh menilai apa yang dihidangkan itu maka beberapa kali pilihan raya pun tidak akan mendatangkan masalah.

Sunday, March 6, 2011

Tiket penerbangan dibiayai




MERLIMAU - Kerajaan Negeri melalui Yayasan Melaka membelanjakan RM241,980 untuk membiayai tiket kapal terbang pelajar Melaka pulang ke Mesir bagi menyambung pelajaran yang tertangguh akibat pergolakan berlaku di negara itu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, seramai 322 orang pelajar akan kembali semula ke bumi ambia’ itu menaiki pesawat Syarikat Emirates Air dengan penerbangan pertama yang dijadualkan esok. 

“Kerajaan Negeri hanya membiayai sebanyak RM2,000 seorang dan baki RM180 akan ditanggung keluarga masing-masing dan hari ini (semalam) Yayasan membuat penyerahan tiket kepada 111 orang pelajar perubatan dan selebihnya akan diberikan kemudian. 

“Penghantaran balik ini akan dibuat secara berperingkat mengikut tarikh dan masa dijadualkan dengan penerbangan pertama pada jam 2.10 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan transit di Dubai sebelum sampai ke Kaherah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Tiket Pulang Pelajar Mesir dan Pelancaran Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Rahman Yaakub, di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ab Wahab Ab Latip; Pengurus Besar Yayasan Melaka, Sharabuddin Kudus dan Timbalan Pengerusi IMAM, Omar Mohd Mokhtar. 

Mohd Ali berkata, turut mengingatkan pelajar supaya berwaspada dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan berlaku, walaupun keadaan di Mesir dikatakan sudah pulih. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali meminta pelajar dan keluarga yang ingin memohon pinjaman pelajaran supaya terus bertemu pihak Yayasan Melaka tanpa perlu melalui ejen. 

“Difahamkan, pelajar atau keluarga perlu membayar sehingga RM15,000 kepada ejen yang berjanji akan mendapatkan bantuan atau pinjaman pelajaran sedangkan jika terus kepada yayasan, tiada bayaran dikenakan. 

“Risiko tinggi melalui ejen apabila ejen tidak dapat menunaikan janji mereka dan duit burn... siapa yang rugi? Oleh itu, saya harap pelajar atau ibu bapa selepas ini terus jumpa pihak yayasan jika mahu mohon pinjaman,” katanya. 


sumber : Sinar Harian

Sila klik