Sunday, April 6, 2014

Aplikasi gajet tempatan

Shafiq serikan aplikasi tempatan
Oleh HAFIZ AHMAD DAN KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


DIANGGARKAN seorang pengguna memuat turun 10 aplikasi dalam satu masa.


POPULARITI telefon pintar dan tablet yang berasaskan Android semakin meningkat di seluruh dunia. Menurut penyelidik pasaran terkenal, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Android mendahului para pemain lain di dalam industri telekomunikasi termasuk Apple dengan sistem operasi iOS, Blackberry dan Windows.

Friday, April 4, 2014

Anak kita makin kurang ajar - ABDUL JALIL ALI

Sekadar gambar hiasan dari Google


3 April 2014

WALAUPUN marah dan kecewa, tidaklah boleh saya menyalahkan peraturan dan undang-undang Sweden. Kita kena menghormati dan mematuhi undang-undang orang lain, sama seperti kita mahu orang lain menghormati dan tidak mencampuri urusan undang-undang kita.

Sebagai rakan senegara simpati amat saya kepada Azizul Raheem Awalludin, dan isterinya Shalwati Nor Shal, yang masing-masing dihukum penjara 10 bulan dan 14 bulan, oleh Mahkamah Daerah Solna negara itu, 28 Mac lalu.

Tidak sahaja hukuman penjara, si suami juga diperintahkan membayar ganti rugi 67,200 SEK (mata wang Sweden) @ RM33,900, sementara si isteri kena 36,400 SEK @ RM18,362.

Thursday, April 3, 2014

Segala sumber digembleng bagi menyelesaikan kes penculikan dua orang di Semporna

Guna semua sumber selesai kes culik di Semporna
3 April 2014

Musa Aman

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu segala sumber digembleng bagi menyelesaikan kes penculikan dua orang di Semporna.

Wednesday, April 2, 2014

Berjimatlah jika kita insaf dengan krisis air sekarang

Air: Pengguna perlu ubah sikap
2 April 2014

Gambar hiasan. - Sumber Internet


KUALA LUMPUR - Krisis air dialami ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia untuk mengubah sikap mereka dalam pengurusan penggunaan dan pemuliharaan air dengan lebih baik, menurut pertubuhan bukan kerajaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) Foon Weng Lian menegaskan kurang kesedaran dan sikap tidak peduli dalam kalangan rakyat Malaysia turut menyumbang kepada pembaziran dan kekurangan air.

Tulisan DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN tentang waris penumpang MH370

Sekadar gambar hiasan dari Google

Berapa lama waris MH370 perlu tunggu?
APR 02, 2014 DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Selain kita terus berdoa agar mereka yang ditimpa musibah selamat dan mampu ulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Isu ini mesti diperbincangkan bagi menjelaskan kedudukan hubungan suami-isteri dan pemilikan harta orang yang hilang.

Mazhab Hanafi ada pelbagai pandangan berkenaan tempoh perlu tunggu, yang paling relevan saya lihat adalah pandangan kelima mereka iaitu tempoh ditentukan oleh kadi menurut ghalib zan (atau kebarangkalian yang paling tinggi). (Syarah Fath Al-Qadir, 5/374)

Desakan agar kerajaan ambil alih lebuh raya

Kerajaan patut ambil alih tol, syarikat terus untung
APR 02, 2014 SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan kerajaan yang mempunyai pegangan terbesar di dalam PLUS tetapi tidak mengambil alih saham minoriti sebanyak 24 peratus bagi mengurangkan kos mengambil alih konsesi tol.

Tuesday, April 1, 2014

Sungai Klang dicemari sampah

Sungai Klang Terus Jadi 'Lambakan Sampah'
Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM


Kren dan lori sampah dapat dilihat di tebing Sungai Klang. Gambar diambil ketika aktiviti haram itu dilakukan pada sebelah petang.

SISA domestik dan pembinaan yang dibuang ke dalam Sungai Kelang dari sungai Petaling Jaya Selatan (PJS) merupakan masalah yang timbul sejak sedekad lamanya.

Kerjasama penuh AS diperlukan dalam misi mencari MH370

Hishammuddin mohon kerjasama penuh AS
FATHIN ATHIRAH HASLI
31 Mac 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) menjawab pertanyaan media pada sidang media mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto Bernama

Masjid Al-Ridhwan, Parit Buntar digunakan secara rasmi pada 28 Mac lalu

Impian akhirnya termakbul
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
31 Mac 2014

Masjid Al-Ridhwan yang tersergam indah bakal menjadi mercu tanda baharu Parit Buntar.

Sila klik