Thursday, April 28, 2011

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

1.1 Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

doaedit
            Berdoa boleh mententeramkan jiwa

Sunday, April 24, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Untung lesap



BATU BERENDAM - Mereka bukan sahaja kehilangan wang pelaburan, malah keuntungan yang dijanjikan turut lesap begitu sahaja apabila dibayar mengguna cek tendang. 

Perkara berkenaan didedahkan empat mangsa ketika membawa kes mereka kepada Ketua Pemuda MCA Bukit Katil, Yong Fun Juan di pejabat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, di sini, semalam. 

Mereka mendakwa telah melabur sejumlah besar wang dengan syarikat terbabit untuk menjadi ejen telefon digital al-Quran selepas dijanjikan pulangan daripada pelaburan berkenaan. 

Bagaimanapun, masalah mereka bermula apabila cek yang digunakan untuk membayar keuntungan berkenaan, ditolak pihak bank kerana dikatakan cek tendang. 

Seorang mangsa, Noredah Mohd Nor, 41, berkata, dia membeli telefon digital al-Quran berkenaan daripada seorang lelaki di sebuah pasar raya di Ayer Keroh pada Julai tahun lalu. 

Menurutnya, ketika lelaki terbabit menghantar telefon berkenaan ke kedainya di Muar, Johor, dia diajak menjadi pengedar telefon berkenaan.

“Pada 30 Julai tahun lalu, saya telah memberi modal wang tunai berjumlah RM13,750 untuk 50 telefon terbabit dan dia berjanji akan membayar semula wang berkenaan termasuk keuntungan apabila selesai satu karnival yang mahu diadakan.

“Pada 13 Ogos 2010, lelaki berkenaan menyerahkan sekeping cek berjumlah RM20,200. Bagaimanapun, 10 hari kemudian, saya dimaklumkan bahawa cek berkenaan adalah cek tendang,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh.

Seorang lagi mangsa, Tee Hwa Khuan, 27, berkata, dia pernah berniaga telefon bimbit dengan lelaki terbabit membabitkan pelaburan berjumlah RM42,500.

Menurutnya, pada Julai tahun lalu, dia telah diberi empat keping cek, semuanya berjumlah RM85,330.
“Bagaimanapun, apabila saya ingin menunaikan cek berkenaan, pihak bank memaklumkan bahawa akaun cek ditutup.

“Saya juga telah berjumpa dengan lelaki terbabit dan bertanyakan mengenai pembayaran. Setiap kali itulah dia memberikan pelbagai alasan,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hamimah Abdul Jalil, 52, berkata, dia melabur sebanyak RM3,540 dengan lelaki terbabit.

Menurutnya, walaupun pernah berjanji untuk membayar wang pelaburan dan keuntungan berkenaan, namun sehingga kini ia masih belum diterima.

“Pelaburan ini adalah untuk 12 unit telefon. Dia berjanji akan menjualkan 10 unit daripadanya ketika karnival, sementara dua lagi unit diberi kepada saya.

“Selain tidak mendapat bayaran yang dijanjikan, malah janjinya untuk menggantikan dua unit telefon yang rosak pun tidak ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Fun Juan berkata, beliau percaya ramai yang sudah menjadi mangsa lelaki terbabit tetapi malu untuk tampil membuat laporan.

Menurutnya, tujuan sidang akhbar itu diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mereka tidak turut menjadi mangsa.


sumber : Sinar Harian Online

Sila klik