Monday, March 31, 2014

1,597 kes kematian disebabkan Tibi


Kematian akibat Tibi meningkat 13 peratus tahun lepas
31/03/2014 3:10pm

KUALA LUMPUR - Tibi atau Tuberculosis menjadi punca utama kematian bagi kategori penyakit berjangkit dengan mencatatkan peningkatan kes kematian sebanyak 13 peratus pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, sebanyak 1,597 kes kematian disebabkan Tibi dilaporkan di Malaysia pada tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 183 kes berbanding 1,414 kes kematian pada 2012.

"Kes Tibi juga meningkat pada tahun lepas iaitu sejumlah 24,071 kes dilaporkan dan ia meningkat sebanyak enam peratus atau 1,361 kes berbanding 22,710 pada tahun 2012,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia 2014 peringkat kebangsaan yang bertemakan ’Mantapkan Prestasi:Ke arah Mengesan, Merawat dan Menyembuhkan Pesakit Tibi’ di sini hari ini.

Beliau berkata, secara nisbah seorang pesakit Tibi yang aktif boleh memberi jangkitan kepada 10 orang lain sekiranya tidak mendapatkan rawatan lanjut dan tidak menghiraukan langkah pencegahan awal bagi menghapuskan kuman Tibi.

"Sebanyak 14 peratus penyakit Tibi ini merebak disebabkan oleh warga asing manakala 86 peratus lagi disebabkan oleh penduduk tempatan. Setakat ini Sabah merupakan negeri yang mencatatkan kes Tibi paling banyak iaitu 4,526 kes,” katanya. - Bernama

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

No comments:

Sila klik