Saturday, March 29, 2014

Model naik taraf Triton

Triton diberi solekan minimum


DARI kiri, KetuaPegawai Eksekutif Mitsubishi Malaysia, Tetsuya Oda dan Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Malaysia, Tan Siow Chuan bersama model naik taraf Triton di ibu negara baru-baru ini.

MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn. Bhd. (Mitsubishi Malaysia) memperkenalkan trak pikap Triton VGT GS yang didakwa kelihatan lebih sporty.

Model baharu itu didatangkan dengan beberapa komponen baharu termasuk bampar, gril, set lampu projektor dan rim berukuran 17 inci.

Bahagian kabin pula dilengkapi sebuah skrin sesentuh 6.1 inci pada papan pemuka, fungsi tetingkap kuasa bumbung matahari dan tetingkap kuasa gelongsor bahagian belakang, filem tinta keselamatan dan kerusi dengan salutan material kulit.

Triton VGT GS dilengkapi enjin diesel 2.5 liter yang menghasilkan kuasa maksimum 178PS dan tork tertinggi 350Nm. Transmisi digunakan ialah lima kelajuan automatik berserta mod pemanduan sport.

Model Triton VGT GS didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan hitam. Harga atas jalan tanpa insurans bagi trak pikap itu ialah RM107,809.60 seunit.

Selain itu, Mitsubishi Malaysia turut memperkenalkan tiga model Triton naik taraf iaitu 2.5 AT, 2.5 MT dan 2.5 MT STD ke pasaran Malaysia.

Pembaharuan untuk siri Triton sekadar menggantikan bampar dan gril baharu. Harga atas jalan bagi siri naik taraf itu bermula serendah RM82,185.70 hingga RM95,247.80 sebuah.

Jaminan diberikan ialah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).


sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_03.htm

No comments:

Sila klik