Sila klik

Thursday, March 27, 2014

Datuk Ali Mamak meninggal dunia pagi tadi

Pelawak Ali Mamak meninggal dunia
Aizat Sharif| Kemas kini: Mac 27, 2014




KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan penyanyi era 80an dan 90an, Datuk Ali Mamak meninggal dunia pagi tadi.

Ali atau nama sebenar beliau, Osman Jantan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 4.20 pagi akibat kanser.

Memetik laporan portal hiburan, RotiKaya.com, kematian Allahyarham disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui laman sosial peribadinya.

Allahyarham mula dikenali sebagai pelawak apabila membintangi sitkom ‘Santan Berlada’ sekitar 80an bersama pelawak Khairul Azhar dan Accapan.

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah di Melaka dan sudah bergelumang dengan dunia seni komedi kira-kira 25 tahun.

Pada tahun 2008, beliau telah dikurniakan gelaran Darjah Seri Melaka (SSM) oleh Kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa terlebih dahulu ke Hulu Langat untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan sebelum Zohor.

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/pelawak-ali-mamak-meninggal-dunia-32619

No comments: