Sila klik

Sunday, March 23, 2014

Taufan Gilian Mungkin Jejas Operasi Mencari MH370

MH370: Taufan Gilian Mungkin Jejas Operasi Mencari
Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 8:30 AM
Oleh: VICTORIA BROWN
editor@mstar.com.my


Imej satelit taufan Gillian NASA bergerak melalui Pulau Jawa Indonesia yang dirakam pada 21 Mac lalu, pada pukul 2.55 petang waktu Malaysia. -NRL/Nasa
SEPANG: Amaran taufan Gillian di kawasan koridor Selatan setakat ini tidak menjejaskan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata taufan itu kini dikesan berada di kawasan sekitar Pulau Krismas dan masih belum memberi kesan kepada kawasan carian di koridor Selatan.

"Ia belum lagi berada dalam kawasan mencari dan menyelamat, tetapi ia boleh bergerak menghampirinya," kata beliau sambil menambah ia bolehmenjejaskan usaha carian di sana.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ketika ini taufan itu berada di bawah taufan kategori satu dan " masihtidak menjejaskan kawasan carian, tetapi ia boleh melanda kawasan itu."

"Beberapa buah kapal mungkin perlu berdepan dengan taufan itu untuk sampai ke kawasan mencari dan menyelamat," katanya.

Hishammuddin berkata lima buah pesawat dan dua buah kapal dagang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar kedua-dua objek dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, yang terletak kira-kira 2,500 km barat daya Perth.

"Walaupun keadaan carian visual lebih baik semalam (Jumaat), tidak ada objek yang mempunyai kaitan dapat dikesan. Operasi diteruskan, dan hariini (Sabtu) mereka merancang untuk mencari di keluasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi," kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia menjangkakan bahawa enam pesawat iaitu empat pesawat tentera dan dua pesawat awam akan mencari secara visual di kawasan itu.

"Dua kapal dagang juga akan tiba semasa operasi carian dan HMAS Success dijangka sampai ke kawasan carian pada pukul 2.30 petang hari ini (Sabtu)," katanya.

Walau bagaimanapun, Hishammuddin berkata keadaan di koridor selatan sangat mencabar.

"Lautan ini mempunyai kedalam berbeza antara 1,150 m dan 7,000 m di kawasan di mana objek dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia dan arusnya kuat dan laut bergelora," kata Hishammuddin.

Pulau Krismas terletak kira-kira 2,600 km barat laut Perth.

Pulau di Lautan Hindi telah diletakkan di bawah amaran berjaga-jaga peringkat merah pada pagi Sabtu dan penduduk sekitar diberitahu jika mereka tidak bersedia untuk dipindahkan, mereka mesti tinggal di dalam rumah dan menjauhkan diri dari pintu dan tingkap.

Biro Meteorologi Australia memberi amaran bahawa taufan kategori satu boleh membawa kelajuan tiupan angin dijangka sehingga sehingga 125km/jam.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/23/taufan-gilian/

No comments: