Saturday, March 1, 2014

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi

Papagomo diarah bayar Anwar RM800,000
FEB 28, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris ialah Papagomo(gambar, kanan) dan didapati memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000.

Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.

Wan Mohd Azri yang hadir di mahkamah hari ini, masih menafikan beliau ialah Papagomo.

sumber : Harakahdaily

No comments:

Sila klik