Wednesday, March 19, 2014

Dell Inspiron 14R

Dell Inspiron 14R: Kualiti audio baik
Oleh Afiq Hanif

Laptop boleh sentuh Dell Inspiron 14R berwarna kelabu seakan-alan sudah biasa dengan rekaan Dell sebelum ini yang dibantu de­ngan sentuhan bezel plastik lembut di bahagian bawah tidak terlalu me­nyerlahkan peranti ini.

Inspiron 14R dengan saiz 13.62 x 9.65 x 1.1-1.3 inci tetapi ia lebih berat (2.3kg) dan tebal berbanding dua produk pesaing­nya.

Bagaimanapun, penguji kurang gemar dengan tahap bebanan yang tidak sepadan dengan saiz laptop 14 inci biasa.

Ia ditetapkan dengan paparan 1,366 x 768 piksel yang menawarkan warna serta butiran imej yang baik malah ketika menonton filem bersama dua orang sekali gus tidak mendatang­kan masalah melihat perincian filem terbabit.




Malah, sistem audio Waves MaxxAudio 4.0 jelas membantu menaikkan kualiti hiburan dalam laptop ini.


Dari aspek sentuhan, meskipun ia mempunyai 10 ‘point’ sentuh seperti yang digembar-gemburkan, Dell Inspiron 14R agak kurang responsif ketika pe­nguji menyentuh beberapa aplikasi dalam Windows 8 yang disediakan.

Penguji percaya, ia lebih kepada masalah ­perkakasan berbanding perisian.

Penguji sedikit gembira dengan paparan kekunci yang sensitif walaupun anda mungkin terpaksa ‘mengetuknya’ lebih sedikit berbanding biasa tetapi ia bukan masalah serius.

Penguji agak kagum de­ngan tahap panas yang tidak dirasakan ketika menonton video bagi tempoh agak lama.

Biasanya, selepas 20 minit menonton filem, ­kebanyakan laptop lain akan mula panas di bahagian bawah namun penguji tidak melihat sebarang masalah pada Inspiron 14R.

Laptop ini mempunyai susunan port yang lengkap dan mengejutkan ia masih mengekalkan pemain DVD yang mungkin menyumbang kepada salah satu sebab mengapa ia bersaiz lebih besar.

Port lain disediakan ­termasuk dua USB 3.0, HDMI, Ethernet, slot keselamatan, fon telinga dan jek kuasa.

Menarik juga ­apa­bila laptop ini tahan panas ­meskipun anda ­meninggalkannya dalam but kereta untuk tempoh sehari suntuk selama ­beberapa hari (memandangkan kes jenayah yang kerap berlaku, anda dinasihatkan tidak me­ngekalkan tabiat meninggalkan barang berharga dalam kenderaan).


INFO

Dell Inspiron 14R
Pengeluar: Dell
Laman Web: www.dell.com.my
Harga: Anggaran RM1,100
Ciri: Skrin laptop boleh sentuh
Pro: Tahan panas
Kontra: Berat

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/DellInspiron14R_Kualitiaudiobaik/Article

No comments:

Sila klik