Sila klik

Tuesday, March 25, 2014

Parlimen rakamkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal

MH370: Parlimen rakamkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal
Astro Awani| Kemas kini: Mac 25, 2014




KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

Ucapan tersebut dizahirkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berdasarkan pengumuman mengenai pesawat MH370 yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

"Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parlimen keseluruhannya merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

"Pada kesempatan ini, saya juga memohon agar ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal menerima ketentuan ini.

Pandikar Amin seterusnya menjemput semua ahli parlimen beragama Islam membacakan Al-Fatihah dan kepada ahli parlimen bukan Islam diminta bertafakur.

Dalam sidang akhbar khas malam tadi, Najib memaklumkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/mh370-parlimen-rakamkan-takziah-kepada-keluarga-penumpang-dan-anak-kapal-32506

No comments: