Tuesday, March 25, 2014

Kerajaan dan rakyat Selangor turut kongsi kesedihan atas tragedi MH370

MH370: Kerajaan negeri dan rakyat Selangor kongsi kesedihan
Media Statement| Kemas kini: Mac 25, 2014




SHAH ALAM: Selepas lebih dua minggu seluruh dunia dan rakyat Malaysia khasnya berdoa serta berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 untuk pulang dengan selamat, akhirnya kita redha dan kesedihan yang tidak terbilang dengan kesudahan tragedi pesawat tersebut yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi.

Saya mewakili kerajaan Selangor dan rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berdoa agar Allah SWT permudahkan mereka dalam menghadapi kesedihan ini.

Dalam berkongsi kesedihan mereka, kami amat berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam menghadapi masa yang amat mencabar dan memilukan ini.

Kerajaan Selangor sedia membantu keluarga mangsa untuk mengadakan majlis tahlil bagi yang beragama Islam atau acara pengebumian mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan Islam. Satu majlis tahlil akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada malam esok dan kami berharap umat Islam akan menyertai untuk bersama-sama mendoakan agar roh mereka yang pergi dicucuri rahmatNYA.

Al-Fatihah

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kerajaan-negeri-dan-rakyat-selangor-kongsi-kesedihan-32499

No comments:

Sila klik