Sila klik

Sunday, March 16, 2014

Kenapa pihak kerajaan membenarkan pesta muzik diadakan?

Pesta muzik tiga hari biadab
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services32



Mohmad Salleh

SHAH ALAM - Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin berkata, di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan.

"Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan, tetapi anak-anak muda terkinja-kinja berpesta di stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dengan lambakan pesta seumpama itu, dikhuatiri pertolongan yang dipinta dari ALLAH akan ditolak.

"Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini," katanya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi semalam.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Mohmad berkata, ekoran keadaan ini, pihak polis sudah memberitahu penganjur bahawa konsert hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/pesta-muzik-tiga-hari-biadab-1.260699

No comments: