Thursday, March 27, 2014

Siasatan terhadap Kassim Ahmad perlu menyeluruh dan adil

Siasat Kassim Ahmad dengan adil
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
26 Mac 2014

Abdul hadi (dua,kiri) ketika menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah, hari ini.


YAN – Pas mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat kes sasterawan, Dr Kassim Ahmad dengan adil.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, siasatan itu perlu dibuat secara menyeluruh dan dilihat dalam pelbagai sudut.

“Kita harap Jawi kendali kes ini dengan adil. Kena lihat tahap kejahilan dia tentang Islam, bukan tahap kelemahan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kassim telah ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi di kediamannya dekat Kelab Golf Kulim.

Penahan itu dibuat selepas Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/siasat-kassim-ahmad-dengan-adil-1.264236

No comments:

Sila klik