Sila klik

Tuesday, March 25, 2014

Solat jenazah ghaib akan ditentukan oleh JK Fatwa Kebangsaan

MH370: Perdana Menteri bentang usul zahir rasa dukacita
Astro Awani| Kemas kini: Mac 25, 2014





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mezahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu di Dewan Rakyat terhadap tragedi yang menimp pesawat MH370.

Perdana Menteri berkata, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) yang turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak kapal pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

"Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya boleh kita mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi," katanya.

Najib memberitahu dewan, cadangan untuk berkabung dan mengibarkan bendera sepruh tiang merupakan antara cadangan yang diterima kerajaan.

"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Beliau juga memaklumkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan bila patut dilakukan solat jenazah ghaib.

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/mh370-perdana-menteri-bentang-usul-zahir-rasa-dukacita-32507

No comments: