Sila klik

Friday, May 9, 2014

'Najib bekerja dengan baik tapi mandat tak kuat'


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengekang ketegangan agama dan perkauman namun kekurangan kuasa untuk berbuat demikian.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian sewaktu ditanya sama ada suasana semasa mencerminkan kepimpinan Najib yang lemah, dan sama ada beliau wajar terus memimpin negara.

"Ia terpulang kepada orang ramai, mereka yang mengundi dia. Najib cuba bekerja dengan baik namun beliau dalam situasi yang sukar," katanya kepada wartawan hari ini.

"Anda (pengundi) tidak memberikan beliau mandat yang kuat," tambahnya merujuk kepada keputusan pilihan raya yang lalu.

Sewaktu pentadbirannya, Mahathir tidak pernah gagal memperolehi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bertindak keras terhadap mereka yang mengancam keselamatan nasional.

Bagaimanapun, beliau juga dituduh menyenyapkan lawan dan mereka yang berbeza pendapat dengannya gaya kuku besi.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/262366

No comments: