Friday, May 30, 2014

Kes rogol 38 lelaki bukti penjenayah tidak takut – PAS


on May 30, 2014 in Bahasa Malaysia

Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes rogol berkumpulan terbaru di Ketereh, Kelantan membuktikan bahawa undang-undang jenayah sedia ada tidak memadai untuk pencegahan.

“Apa pun, kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada, kerana eleman pencegahan dari Allah hanya ada dalam sistem yang diturunkan Allah.

“Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud – apa perasaan anda kalau yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 20 Mei itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.

Laporan menyebut, kejadian itu berlaku di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Polis setakat ini menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara, 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol tersebut, lapor Malaysiakini.

sumber : Kuala Lumpur Post

No comments:

Sila klik