Monday, May 5, 2014

5 Mei 2014


PLUS Expressways Bhd (PLUS)

PETALING JAYA - Projek Lorong Keempat yang menelan belanja RM1.4 bilion, kini siap 62 peratus, kata Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Mohammad Fuad Khusairi.

Projek sepanjang 16 kilometer Shah Alam-Sungai Buloh, Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 km), Sungai Buloh-Rawang (13 km), dan Nilai (Utara) Susur Keluar-Port Dickson (27 km).

Bercakap pada taklimat media di sini hari ini, beliau bekata projek itu yang bermula pada Julai 2012, dijangka siap akhir tahun ini.

"Apabila siap, projek itu akan menambah kapasiti tambahan 33 peratus bagi menampung 220,000 kenderaan sehari berbanding 170,000 kenderaan sehari ketika ini," katanya.

Mohammad Fuad berkata, projek itu kini dalam fasa kedua, termasuk kerja menjajarkan dan menandai semula lorong serta kerja pembinaan turapan di laluan berkenaan.

"Untuk itu, kami akan mengambil langkah perlu untuk memastikan pengurusan trafik berkesan seperti membuka aliran kontra, memasang tanda amaran dan papan tanda maklumat, halangan plastik dan sebagainya," katanya.

Kerja-kerja turapan akan dilakukan pada waktu malam ketika bilangan trafik berkurangan, dan memerlukan minimum empat jam meratakan permukaan turapan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Fuad berkata beliau tidak mengetahui bahawa syarikat itu kini menjadi sasaran pengambilalihan oleh syarikat swasta seperti dilaporkan media baru-baru ini.

"Saya tidak tahu. Sebarang cadangan pengambilalihan perlu dikemukakan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, bukan kami,"katanya
semasa ditanya sama ada syarikat itu sudah menerima cadangan pengambilalihan berkenaan.

UEM Group Bhd dan KWSP kini menguasai Plus susulan program memiliknegarakan syarikat lebuh raya itu pada 2010. - Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/plus-lorong-keempat-62-peratus-siap-1.277232

No comments:

Sila klik