Friday, May 30, 2014

Hadi dikejarkan ke hospital

Hadi Awang

NIZAM ZAIN
30 Mei 2014

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Saya dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh setiausaha politik beliau tadi.

“Abdul Hadi ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.

Katanya lagi, Abdul Hadi kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar.

"Saya difahamkan beliau sedar, tak ada apa.

Abdul Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Sila klik