Tuesday, December 11, 2012

Kereta elektrik tempatan mula dipasarkan 2014

Kereta elektrik Malaysia mula dikomersial 2014
2012/12/11
 Oleh Shahrizan Salian


PROTON turut meneroka teknologi kereta hibrid/elektrik seperti yang dipamerkan pada satu pameran automotif baru-baru ini. - Foto hiasanPelan induk EV masuki fasa tiga pelaksanaan tahun depan

Pelan Induk Kenderaan Elektrik (EV) akan memasuki fasa ketiga pelaksanaannya tahun depan dengan lima sasaran jangka pendek untuk mereali-sasikan hasrat negara menjadi peneraju serantau industri EV menjelang 2020.

Fasa ketiga itu, yang juga komponen Pelan Induk EV paling komprehensif akan menyaksikan pengkomersialan kenderaan elektrik secara besar-besaran di negara ini bermula 2014.


Kami juga meninjau mengoptimumkan komponen seperti suhu, elektrik, mekanikal serta elemen keselamatan kenderaan elektrik di samping mengurangkan jisim komponennya," Mohd Azrin Mohd Ali, Naib Presiden Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Malaysian Green Techology Corporation
Naib Presiden Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Malaysian Green Techology Corporation (GreenTech Malaysia), Mohd Azrin Mohd Ali, berkata lima sasaran jangka pendek fasa ketiga Pelan Induk EV itu termasuk pengeluaran 12,000 kenderaan elektrik dan 40 bas elektrik antara 2013 hingga 2015.

Beliau berkata, ia juga menyasarkan pengeksportan kenderaan EV oleh pengeluar tempatan di samping pemasangan 2,500 pengecas awam.

“Fasa ketiga itu juga menyasarkan untuk melahirkan pengeluar bateri tempatan di samping mewujudkan pelan penyelesaian mudah alih elektrik (E-Mobility),” katanya pada Seminar Rundingan Meja Bulat EV 2012 anjuran GreenTech Malaysia, semalam.

Pelan Induk EV yang bermula pada 2011 menggariskan beberapa strategi dan pelan bagi infrastruktur, sumber, dasar dan peraturan kenderaan elektrik di negara ini.
Fasa keduanya yang sedang giat dijalankan ketika ini merangkumi beberapa projek demonstrasi perintis bersama pengeluar seperti PROTON, Nissan dan Mitsubishi.

Peserta berpengalaman

Sasaran akhir pelan induk itu ialah menghasilkan 100,000 kenderaan elektrik di Malaysia pada 2020, atau 10 peratus daripada jumlah kenderaan dalam pasaran tempatan. Ia juga menyasar meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau industri EV dalam tempoh itu.

Pelan induk itu dibangunkan oleh GreenTech Malaysia menerusi rundingan dengan pelbagai peserta industri yang berpengalaman dalam bidang berkenaan, di samping mengambil model terbaik dari negara maju yang mempunyai dasar EV lebih matang sebagai perbandingan.

Berdasarkan Pelan Induk EV itu, industri EV dijangka menjana pendapatan negara kasar (PNK) bernilai RM7.5 bilion dan mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan baru pada 2020.

Mengoptimum komponen

Mohd Azrin berkata, antara bidang pembangunan teknologi yang sedang ditumpukan GreenTech Malaysia untuk memacu industri EV ke peringkat lebih tinggi ketika ini ialah kaedah meningkatkan simpanan tenaga kenderaan, mengurangkan kos pengeluaran kenderaan elektronik dan menambah baik kecekapan penggunaan tenaganya.

“Kami juga meninjau mengoptimumkan komponen seperti suhu, elektrik, mekanikal serta elemen keselamatan kenderaan elektrik di samping mengurangkan jisim komponennya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai motivasi yang kukuh untuk memajukan industri EV ke tahap lebih tinggi, termasuk menguasai pasaran serantau dari segi pengeluaran, pembiayaan dan penyelesaian sokongan.

“Kita bertuah kerana masih memiliki pengeluar automotif yang berdaya saing seperti PROTON untuk menghasilkan kenderaan elektrik untuk pasaran Asia dan ASEAN, justeru berpeluang besar meraih kedudukan sebagai peneraju dalam industri,” katanya.

sumber : Berita Harian

No comments:

Sila klik