Saturday, December 22, 2012

Hasrat memakai tudung

Wawa mahu bertudung


SEJAK kebelakang ini, ramai di kalangan selebriti wanita termasuklah penyanyi dan pelakon yang mengambil langkah untuk melakukan hijrah ke arah yang lebih baik iaitu dengan mengenakan hijab dan mula menutup aurat mereka.

Niat yang sama turut disuarakan oleh pendatang baru dunia lakonan iaitu Wawa Zainal apabila menyatakan dia sememangnya telah memasang niat untuk menutup auratnya sama seperti kebanyakan wanita lain.

“Tidak dinafikan itu merupakan kewajipan kita sebagai umat Islam, cuma mungkin dalam waktu sekarang belum tiba waktunya untuk saya melakukan sedemikian.

“Saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit dan menipu orang ramai dengan berpura-pura seperti itu," katanya yang ternyata kelihatan manis semasa bertudung.

Wawa Zainal kini sedang terlibat dengan penggambaran filem terbaru Metrowealth Productions (MIG) berjudul Longkai yang sedang menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur.

“Sebelum ini memang ada peminat yang turut bertanyakan soalan sama berhubung memakai tudung, apa yang dapat saya katakan sekarang adalah doakan yang terbaik untuk saya.

“Sungguhpun begitu, saya tidak kekok untuk memakai tudung kerana apabila hadir ke majlis-majlis keagamaan, biasanya saya akan memakai tudung," tambah Wawa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121221/hi_03/Wawa-mahu-bertudung#ixzz2FjsXKwo1

No comments:

Sila klik