Tuesday, December 18, 2012

Kem Mojat

Gambaran program anjuran HCDS. (Imej : http://www.hcds2u.com)

Isi ruang masa cuti sekolah

CUTI penggal akhir persekolahan kini semakin ke penghujung. Apakah anak anda lakukan sepanjang dua bulan bercuti, adakah sekadar menonton televisyen atau bermain?

Jika itu saja, tentu amat merugikan kerana tempoh cuti yang panjang sepatutnya di isi dengan program bermanfaat dan menambah ilmu.

Bagi memenuhi cuti sekolah penggal terakhir anak anda dengan ilmu bermanfaat, Human Capital Development Services (HCDS) menganjurkan Kem Motivasi Pemantapan Jatidiri Cara Rasulullah s.a.w (Kem Mojat).

Kem itu akan diadakan pada 19 dan 20 Disember 2012 di Kelab Rekreasi & Berkuda Denai Alam Selangor (DARC), Shah Alam, Selangor.

Pengarah Program, Shaharul Ridzuan Shamsuddin berkata, kem motivasi itu berbeza berbanding program cuti sekolah lain kepada memberi fokus kepada meningkatkan akhlak, sahsiah dan keperibadian seseorang pelajar.

Beliau berkata, kem yang turut menjurus kepada aktiviti luar itu akan memberi penekanan kepada tiga aktiviti utama sunnah Rasulullah s.a.w iaitu berkuda, memanah dan berenang.

"Dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, baginda melakukan amalan itu, pastikan ada rahsia dan manfaatnya.

"Inilah yang ingin kami kongsi bagi membentuk peribadi insan cemerlang dan berjaya," katanya.

Kem Mojat itu diketuai penceramah bebas, Ustaz Che Nordin Che Ibrahim yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan program berbentuk Islamik kepada pelbagai golongan.

Ia akan diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal Cat Farish yang turut memberikan motivasi dan menyertai program kepada peserta.

Sepanjang program itu, beliau akan mengupas rahsia setiap aktiviti sunnah Rasulullah s.a.w selain peserta berpeluang mencuba sendiri setiap aktiviti itu.

"Kami juga akan mengadakan beberapa slot kerohanian bagi menjadi pemangkin semangat serta motivasi kepada peserta," katanya.

"Kami berusaha memartabatkan anak-anak yatim dan asnaf dengan cara membabitkan mereka dalam program ini," katanya.

sumber : myMetro

No comments:

Sila klik