Sunday, June 8, 2014

Keutamaan Solat Fardu


Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda “Rangkaian solat fardu yang lain itu menjadi tebusan bagi dosa-dosa yang terjadi di antara kedua-duanya, selama dosa-dosa besar dijauhi” – Hadis riwayat at-Tabrani, Ahmad dan al-Haithami.

Rasulullah SAW juga bersabda:”Perbezaan antara kita dan orang-orang munafik terletak ketika mengerjakan solat Isyak dan solat Suboh, di mana mereka tidak kuasa(enggan) untuk melakukan kedua-duanya”. (Rujuk al-Hafiz al-’Iraqi di dalam kitab beliau yang berjudul al-Mughni’an Hamli al_Asfar, Juz.1,halaman 146)

“solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya, bererti ia telah merobohkan agama.”- Ibid.
Dan sebagaimana diriwayatkan, “Sesungguhnya amalan yang pertama dihisab pada hari kiamat kelak ialah solat. Apabila nilai solat seorang hamba telah ditetapkan sempurna(oleh Allah), maka amalan solatnya akan diterima berserta amal-amalnya yang lain.

Dan apabila didapati banyak kekurangan di dalamnya, maka amalan solatnya itu akan dikembalikan(tertolak) berserta amal-amalnya yang lain.”(Rujuk al-Hafiz al-I’raqi di dalam kitab beliau yang berjudul al-Mughni’an Hamli al-Asfar,Juz.1, halaman 147).

No comments:

Sila klik