Thursday, June 5, 2014

788 guru dan pegawai pendidikan JAIS dinaikkan gaji dan pangkat


SHAH ALAM 4 JUN : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan kenaikan pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran tunggakan berjumlah RM 5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga Disember sebanyak RM 2.4 juta.

Katanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG 29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.

“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.

“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.

“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN hari ini.

Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29, 37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41), seorang (DG 44), empat orang (DG 48) dan seorang (DG 52).

EZY

No comments:

Sila klik