Sila klik

Wednesday, August 10, 2011

Album 'Siapa Peduli' untuk Palestin


'Siapa Peduli' Gabungan Artis Popular Bantu Rakyat Palestin
AMPANG: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.
Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.

"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.
"Dari hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," ujarnya pada sidang media pelancaran AlbumSiapa Peduli, di sini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM, Zulkifli Ibrahim, Mawi, Alyah, Mila, Syafinaz dan Liza Hanim.
Album yang mempunyai 10 buah lagu ini turut memuatkan sebuah puisi istimewa daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.
"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tuturnya.
Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.
Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.
Album “Siapa Peduli” akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90.

No comments: