Monday, August 1, 2011

JENIS-JENIS PUASA

Puasa Wajib
Puasa pada bulan Ramadhan atau qadha' kerananya.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya dengan perkataan: "Belakang awak seperti belakang emak saya" dan seumpamanya.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang membunuh orang.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan.
Puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu haji.
Puasa ganti daripada Dam Haji sahaja.
Puasa sebab luput Nusuk (mengerjakan ibadah haji).
Puasa ganti daripada mengeluarkan fidyah
Puasa Kifarah kerana bersumpah

Puasa Sunat
Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Puasa pada hari yang kesembilan bulan Dzulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji
Puasa pada hari 'Asyura' ( hari yang kesepuluh) bulan Muharram.
Puasa pada hari 'Tasu'a' (hari yang kesembilan) bulan Muharram.
Puasa pada hari-hari: 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan Islam melainkan pada 13 Dzulhijjah (dihukumkan haram).
Puasa pada 28,29 dan 30 haribulan tiap-tiap bulan Islam.
Puasa enam hari pada bulan Syawal(lebih afdhal kiranya dikerjakan dengan berturut-turut)
Puasa hari yang kelima belas pada bulan Sya'aba (Nisfu Sya'ban.

Puasa Makhruh
Puasa orang yang mendapat sakit yang bersangatan.
Puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran.
Puasa orang yang sangat tua.
Puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung puasa qadha'.
Puasa perempuan yang hamil.
Puasa pada hari Jumaat.
Puasa pada hari Sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang lainnya.
Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
Puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)

Puasa Haram
Puasa pada Hari Raya Fitrah (Raya Puasa).
Puasa pada Hari Raya Adha (Raya Haji).
Puasa pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah).
Hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadhan.
Hari-hari selepas 15 haribulan Sya'ban, jika bukan puasa qadha' atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.
Puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami.

sumber: Al-Azim.com

No comments:

Sila klik