Sila klik

Monday, August 29, 2011

Johor dapat hak urus loji air Singapura

Singapura serah empat loji air Johor
Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my

2011/08/29

JOHOR BAHRU: Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di negeri ini yang selama ini ditadbir dan diuruskan Public Utilities Board (PUB) Singapura akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Johor, bermula Khamis ini.

sumber : Berita Harian Online




PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA BERAT SEBELAH,
sebagaimana dijelaskan oleh Kerajaan BN di parlimen pada 20 Mac 2002.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, perjanjian bekalan air oleh Johor ke Singapura telah dibuat pada tahun 1961 dan 1962. Perjanjian tahun 1961 adalah bagi tempoh 50 tahun dan akan tamat pada tahun 2011. Manakala perjanjian tahun 1962 adalah selama 99 tahun dan akan tamat pada tahun 2061.

Melalui perjanjian tersebut kadar air mentah ke Singapura ditetapkan pada harga 3 sen bagi seribu gelen. Kadar tersebut tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1961 hingga sekarang. Dalam hal ini, pihak kerajaan berpendapat bahawa harga tiga sen bagi 1,000 gelen tersebut adalah rendah dan tidak berpatutan. Ianya tidak mencerminkan nilai sebenar harga pasaran air mentah pada masa ini.

Kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura telah pun bersetuju untuk memasukkan isu bekalan air ke dalam satu isu berpakej untuk diselesaikan secara bersama melalui rundingan. Sejak tiga tahun yang lalu, tiga rundingan telah dijalankan. Pusingan terbaru rundingan tersebut dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu perbekalan air antara Malaysia dan Singapura, kedua-dua negara menyedari akan kesensitifan isu ini. Sebagai negara yang menginginkan keamanan, hal ini perlu dikendalikan dengan bijaksana agar ianya tidak berlarutan dan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Setakat ini, belum ada sebarang persetujuan ke atas penetapan harga air yang baru. Kerajaan berharap untuk mencapai persetujuan perhubungan hal ini melalui rundingan pada tarikh yang akan dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Menjawab soalan mengenai pembelian air mentah oleh Singapura dari Johor dan pembelian air bersih oleh Johor dari Singapura bagi tahun 1995 hingga tahun 001, ingin dimaklumkan bahawa pada puratanya pihak Singapura membeli air mentah sebanyak 202.73 juta gelen sehari pada kadar 3 sen bagi setiap seribu gelen dan menjual air bersih kepada Johor pada puratanya sebanyak 33.23 juta gelen sehari pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Pembelian air yang dirawat dari Singapura adalah untuk menampung keperluan negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih pihak Timbalan Menteri. Isu yang berpanjangan dan menjadi kritikal dalam sesetengah keadaan yang melibatkan hubungan dua hala di antara Malaysia Singapura ini dan isu yang berkait juga dengan penjualan air bersih kepada Johor itu sendiri. Saya hendak bertanya ringkas sahaja iaitu adakah terkandung di dalam butiran perjanjian jual beli air ini perkara yang melibatkan Johor semestinya membeli air daripada Singapura iaitu air bersih bagi memastikan hubungan ini berterusan, untuk menamatkan perjanjian sehingga 90 tahun ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri: Pembelian air oleh Johor itu adalah dalam persetujuan yang asal dulu tahun 1961, 1962 tetapi untuk perjanjian yang akan datang, saya tidak dapat huraikan di sini kerana ia masih dalam peringkat perundingan.

No comments: