Bantu Jentera PRN Negeri Sembilan & Melaka Bergerak, Bantu Suara Islam Terus Dibawa

Wednesday, August 6, 2014

Manchester United juga patut diboikot

Tertarik dengan tulisan Ahamad Suardi dalam Harakahdaily tentang pemboikotan produk Yahudi selain dalam bidang perniagaan kerana dalam industri sukan juga perlu kita perhati iaitu salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.

Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.

Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.

Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat.

Jadi, kepada peminat dan penyokong Manchester United, jika anda boleh memboikot McD, apa salahnya jika memboikot juga kelab ini. Banyak lagi kelab lain dalam liga perdana Inggeris yang boleh anda sokong.

Saturday, August 2, 2014

Tindakan harus dikenakan kepada pemuda hina bacaan al-Quran melaui pembesar suara

Gambar dari Malaysiakini

Laporan Malaysiakini pula tentang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut agar tindakan setimpal dikenakan ke atas seorang pemuda yang mempersoalkan amalan mengalunkan bacaan ayat suci melalui pembesar suara.

Cuti hujung minggu yang panjang pada tahun hadapan



Maklumat dari Laman Web Akses Malaysia memaparkan tentang cuti hujung minggu yang panjang. Sesuatu yang menarik untuk tahun mendatang? sebuah portal pelancongan telah kumpulkan cuti awam di Malaysia pada tahun 2015, dan tahun depan menjadi tahun yang hebat dari segi masa bercuti – bagi sesetengah orang, di mana mempunyai 11 hujung minggu yang panjang pada tahun 2015!

Negeri-negeri yang berlainan di Malaysia mempunyai cuti yang berbeza, maka jumlah anda hujung minggu yang panjang mungkin berbeza bergantung kepada lokasi anda. Sekurang-kurangnya, anda akan mempunyai 8 hujung minggu yang panjang, beri anda banyak masa untuk percutian mengejut sepanjang tahun. Hanya maksimum 3 hari cuti akan diperlukan bagi anda untuk mendapatkan semua hujung minggu yang panjang – tidak perlu ambil cuti tahunan yang banyak bukan?

Kedudukan Khalid masih ditentukan oleh PKR


Abdul Khalid Ibrahim.
Ganbar dari mStar Online

Laporan yang disiarkan oleh mStar Online mengenai percaturan yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang' kini dilihat semakin meruncing, rundingan sedang giat dilakukan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin bahawa usaha sedang dimulakan untuk membawa Khalid dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke meja rundingan.

Rundingan untuk mempertemukan mereka diatur sebelum Hari Raya tetapi ditangguhkan kerana cuti perayaan.

"Saya harap perbincangan ini akan diteruskan semula dalam masa terdekat," kata Azman.

Azman berkata, beliau merupakan perantara yang mengaturkan perbincangan selain menyampaikan komunikasi antara Khalid dan Anwar.

"Saya berusaha keras agar perbincangan itu dapat diadakan supaya Tan Sri (Khalid) akan diberi peluang untuk mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar," kata Azman.

Beliau berkata, walaupun Khalid menerima sokongan luar supaya mengekalkan jawatannya, beliau memerlukan persetujuan PKR untuk terus menerajui Selangor.

"Tan Sri merupakan ahli PKR, jadi amat penting beliau perlu mendapat mandat dari PKR untuk kekal," kata Azman.

Beliau berkata isu ini bolej diselesaikan secara baik jika ia dibincangkan secara dalaman bersama parti.

"Keadaan boleh kembali reda dan orang ramai tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti dan Pakatan Rakyat," katanya.

Jika rundingan gagal diteruskan, Azman berkata, Khalid perlu menunggu hasil perbincangan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini.

Mesyuarat itu dijangka mencapai kata putus berhubung kedudukan Khalid.

PKR mahu Khalid menyerahkan jawatannya kepada Dr Wan Azizah.

DAP bersetuju dengan pertukaran itu tetapi pemimpin PAS tidak setuju dengan cadangan tersebut.

Menurut Azman, tindakan Khalid yang dilihat bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kunjungan sempena Hari Raya.

"Ia hanya kunjungan Hari Raya dan tidak lebih daripada itu," katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online.

Thursday, July 31, 2014

PU Shahul Hamid telah mohon maaf


Gambar dari Malaysiakini

Laporan oleh Malaysiakini memetik kenyataan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof menganggap kes kenyataan oleh penceramah Shahul Hamid yang didakwa menghina agama Hindu kini sudahpun selesai.

Menurut Mujahid, Shahul sendiri sudah membuat permohonan maaf di atas ucapannya itu.

"Memandangkan Shahul sudah meminta maaf, saya anggap kes ini ditutup tapi pada orang lain mungkin mungkin belum (ditutup)," kata pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pihak tertentu yang membangkitkan semula isu berkenaan, memandangkan ucapan itu dibuat empat tahun lalu.

"Kami tidak tahu apa motif menyebarkan ucapan Shahul itu," kata Mujahid.

"Saya melihat kes ini serius, terutamanya terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini memandangkan isu agama adalah sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum," kata Mujahid.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pendakwah agar lebih berhati-hati dalam ceramah mereka.

Tegasnya, menghina agama atau masyarakat lain adalah bertentangan dengan Islam. Itulah laporan yang dimuatkan dalam Malaysiakini dan diharapkan semua pihak puashati dan perkara ini tidak berbangkit lagi.

Monday, July 14, 2014

Siasat sejadah berimej makhluk

Md Nasa (kanan) dan Dr Mohd Hisham menunjukkan lakaran gambar menyerupai makhluk pada sejadah yang kebanyakannya digunakan di surau dan masjid.

Sila klik