Sila klik

Thursday, July 31, 2014

PU Shahul Hamid telah mohon maaf


Gambar dari Malaysiakini

Laporan oleh Malaysiakini memetik kenyataan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof menganggap kes kenyataan oleh penceramah Shahul Hamid yang didakwa menghina agama Hindu kini sudahpun selesai.

Menurut Mujahid, Shahul sendiri sudah membuat permohonan maaf di atas ucapannya itu.

"Memandangkan Shahul sudah meminta maaf, saya anggap kes ini ditutup tapi pada orang lain mungkin mungkin belum (ditutup)," kata pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pihak tertentu yang membangkitkan semula isu berkenaan, memandangkan ucapan itu dibuat empat tahun lalu.

"Kami tidak tahu apa motif menyebarkan ucapan Shahul itu," kata Mujahid.

"Saya melihat kes ini serius, terutamanya terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini memandangkan isu agama adalah sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum," kata Mujahid.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pendakwah agar lebih berhati-hati dalam ceramah mereka.

Tegasnya, menghina agama atau masyarakat lain adalah bertentangan dengan Islam. Itulah laporan yang dimuatkan dalam Malaysiakini dan diharapkan semua pihak puashati dan perkara ini tidak berbangkit lagi.

No comments: