Sila klik

Wednesday, August 6, 2014

Manchester United juga patut diboikot

Tertarik dengan tulisan Ahamad Suardi dalam Harakahdaily tentang pemboikotan produk Yahudi selain dalam bidang perniagaan kerana dalam industri sukan juga perlu kita perhati iaitu salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.

Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.

Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.

Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat.

Jadi, kepada peminat dan penyokong Manchester United, jika anda boleh memboikot McD, apa salahnya jika memboikot juga kelab ini. Banyak lagi kelab lain dalam liga perdana Inggeris yang boleh anda sokong.

Gaza: Jom boikot Manchester United!

Ahamad Suardi | 06 Ogos 2014.




Dalam keghairahan memboikot zionis Israel, kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu – maka lahirkan boikot yang beremosi dan bermusim.

Tidak dinafikan tindakan boikot sedikit sebanyak memberi kesan ekonomi kepada zionis dan negara yang menyokongnya. Namun dalam keghairahan itu banyak perkara kita terlepas pandang.

Selain syarikat makanan segera McD yang kini menjadi sasaran boikot, kita diberikan senarai syarikat dan produk yang ada kaitannya dengan zionis dan negara penyokongnya. McD menjadi sasaran utama kerana syarikat ini merupakan restoran makan segera yang paling popular di Malaysia!

Dalam industri sukan pula, salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.

Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.

Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.

Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat.

Jadi, kepada peminat dan penyokong Manchester United, jika anda boleh memboikot McD, apa salahnya jika memboikot juga kelab ini. Banyak lagi kelab lain dalam liga perdana Inggeris yang boleh anda sokong.

Atau, jika anda banyak wang belilah saham kelab ini dan jadi pemiliknya! Jika anda jadi pemiliknya, gunakanlah keuntungan kelab anda untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap McD. HARAKAHDAILY 6/8/2014

No comments: