Tuesday, August 19, 2014

MRT runtuh kerana SOP tidak dipatuhi oleh kontraktor

Gambar dari Google

Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) runtuh semalam mendapati prosedur operasi standard (SOP) pemasangan landasan terbabit tidak dipatuhi oleh kontraktor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Zabidi Md Adib, berkata siasatan awal oleh inspektor keselamatan JKKP mendapati ketika kejadian, tiada pengawasan oleh jurutera atau penyelia terhadap pemasangan 'parapet wall' di landasan berkenaan.

Dakwaannya yang disiarkan oleh BH Online bahawa proses pemasangan 'parapet wall' landasan itu sepatutnya diawasi atau diselia oleh jurutera yang bertauliah bagi memastikan semua kerja dijalankan mengikut prosedur.

Sehubungan itu, JKKP mengeluarkan arahan 'henti kerja' serta merta di tapak pembinaan itu sehingga siasatan penuh selesai dijalankan.

Manakala pihak kontraktor perlu tampil mengemukakan kertas kerja bagaimana menyelesai dan mencegah insiden seumpama itu daripada berulang.

Tambahnya yang arahan itu dikeluarkan kepada kontraktor utama, sub-kontraktor serta pemilik projek berkenaan iaitu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.

Katanya, sekiranya siasatan lengkap mendapati berlaku sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang, maka tindakan seterusnya adalah mendakwa pihak yang terlibat di mahkamah.

Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata isu utama yang timbul berhubung kejadian adalah isu keselamatan yang tidak dititikberatkan oleh kontraktor terlibat.

Tan Sri menambah bahawa isu keselamatan di tempat kerja adalah sangat penting dan semua orang yang terlibat seharusnya mematuhi setiap arahan bagi mengelak kejadian sebegini berlaku.

Beliau berkata, beberapa siri kejadian malang membabitkan MRT dan terbaharu semalam boleh melunturkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

MRT Corp perlu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap mereka dengan bertanggungjawab penuh atas kejadian semalam sebagaimana dilaporkan oleh BH Online.

Mengulas laporan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Lee berkata ia tindakan bermaruah dan harus dihormati.

Beliau beranggapan beliau (Azhar) begitu komited terhadap keselamatan dan tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan saya hormat tindakan beliau (meletak jawatan).

Semalam, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara pada jam 8.34 malam.

MRT Corp, dalam satu kenyataan, menyatakan pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Sementara itu, Azhar berkata beliau diberitahu bahawa mangsa berada di atas 'span' sebelum kemalangan berlaku.

Tambahnya lagi bahawa terdapat empat pekerja sebenarnya, seorang di tanah, tiga yang lain berada di atas. Saya difahamkan dan perlu mendapat pengesahan bahawa mereka ada memasang pengikat badan.

Menurutnya semasa sidang akhbar sebelum mengumumkan peletakan jawatan sebagai CEO berkuat kuasa serta merta bahawa beliau rasa mungkin pengikat badan ini yang menghalang mereka daripada melarikan diri dari 'span' konkrit berkenaan mengakibatkan mereka terhempap oleh konkrit itu .

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar, pula berkata dalam tempoh seminggu, MRT Corp serta JKKP akan mengemukakan laporan masing-masing.

No comments:

Sila klik