Sunday, August 10, 2014

MERCY perlu lebih banyak dana

Gambar hiasan dari Google

BH Online kali ini memaparkan berita tentang Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) memerlukan lebih banyak lagi sumbangan dana bagi menyediakan bekalan perubatan, kewangan, makanan dan juga minuman yang akan disalurkan kepada penduduk di Gaza yang terus dibedil oleh rejim Zionis Israel.

Ahli Majlis Eksekutif MERCY, Mohamad Ayof Bajuri, berkata setakat ini, hampir RM1.5 juta berjaya dikutip menerusi sumbangan daripada pelbagai badan korporat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Sumbangan akan disalurkan mengikut keutamaan jenis bantuan yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Setakat ini, bantuan perubatan berjaya sampai di sana dan penduduk di Gaza sudah menikmati kemudahan perubatan itu.

Badan itu merangka pelan untuk memberi bantuan makanan bagi keperluan hampir 65,000 penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian akibat kediaman mereka sudah rosak dibom tentera Zionis Israel.

Sumbangan sebanyak RM20,000 dalam bentuk cek replika itu diserahkan oleh Pengerusi PERNAMA, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan diterima oleh Mohamad Ayof.

Beri bantuan bahan api diesel

Mohamad Ayof berkata, MERCY juga merangka pelan untuk memberi bantuan dari segi bahan api diesel bagi menjana sistem bekalan elektrik dan juga bekalan air penduduk Gaza.
Pusat sistem bekalan elektrik dan air musnah dibedil menyebabkan penduduk di sana berdepan masalah bekalan elektrik dan air bersih.

Beliau menambah yang bahan api seperti diesel amat diperlukan untuk menjana generator yang dapat membekalkan bekalan elektrik kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sumbangan kali ketiga ini selari dengan keprihatinan terhadap penderitaan penduduk di Gaza yang semakin terhimpit walaupun mendiami bumi sendiri.

No comments:

Sila klik