Bantu Jentera PRN Negeri Sembilan & Melaka Bergerak, Bantu Suara Islam Terus Dibawa

Tuesday, May 6, 2014

PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh Mahu Pertahan Kerusi Bapa

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 8:45 AM


Ramkarpal Singh.

GEORGE TOWN: Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini.

Peguam kelahiran Pulau Pinang berusia 38 tahun itu mengesahkan namanya antara calon yang disenarai pendekkan. Bagaimanapun, katanya terserah kepada DAP untuk membuat keputusan.

"Saya bersedia untuk itu (PRK) dan telah memaklumkan kepada mereka (DAP) jadi saya serahkan keputusan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati Karpal Singh di Sekolah Tinggi Han Chiang, di sini malam Isnin.

Mengenai sama ada kakaknya, Sangeet Kaur Deo merupakan antara calon terpilih, Ramkarpal berkata, kakaknya tidak disenaraikan dan ia telah disalah laporkan sambil menambah pengumuman calon akan dilakukan pada Rabu.

Ditanya sama ada Karpal Singh secara peribadi meminta beliau untuk menyertai politik, Ramkarpal berkata bapanya ada membayangkan perkara itu kepada abang-abangnya dan beberapa yang lain, namun tidak secara peribadi kepadanya.

Karpal Singh, dalam biografi pertama bertajuk 'Karpal Singh-Tiger of Jelutong' telah mencalonkan anaknya Ramkarpal untuk menggantikan beliau sekiranya kehilangan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan.

Ditanya sama ada beliau berminat menyertai politik, Ramkarpal berkata: "Secara tidak langsung, saya terlibat dalam politik sepanjang hidup saya. Minat itu hanya dikembangkan sejak beberapa tahun,".

Ramkarpal, yang secara rasmi menyertai DAP tahun ini, bercakap buat pertama kalinya di khalayak umum semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan Karpal Singh berada disisinya, di Sekolah Tinggi Han Chiang.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh (DAP) dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 21 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada PRU 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/05/06/ramkarpal/

MH370: Malaysia berazam teruskan pencarian - Najib

Bernama |Kemas kini:Mei 05, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 05, 2014 10:00 MYT)


Kapal jenis Boeing 777 seperti pesawat MH370 yang hilang. --gambar fail

PUTRAJAYA: Malaysia berazam untuk meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kerjasama negara-negara rakan walaupun sehingga kini masih belum berhasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata misteri kehilangan MH370 tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia apabila sistem telekomunikasi pesawat dipadamkan dan kaedah pencarian untuk mengesan pesawat belum diguna pakai.

"Meskipun kita belum berhasil sehingga hari ini tetapi kerajaan berazam untuk meneruskan usaha pencarian dengan kerjasama rakan-rakan dari negara-negara lain terutamanya Australia yang menunjukkan komitmen luar biasa membantu Malaysia mencari pesawat yang dimiliki oleh kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini Isnin.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/mh370-malaysia-berazam-teruskan-pencarian-najib-35242

Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang

Tan Su Lin,Astro Awani |Kemas kini:Mei 04, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 04, 2014 13:42 MYT)


Pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China yang menyertai operasi mencari dan menyelamat MH370.

SUBANG: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Australia berlepas pulang ke China pagi tadi.

Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China kira-kira pukul 8.30 pagi dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu dengan tumpuan di dasar laut.

Kedua pesawat berkenaan berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce penghujung Mac lalu bagi membantu misi pencarian MH370 di kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Rabu lalu, dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama-sama 53 anak kapal juga pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin mengumumkan misi mencari akan memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.

Keputusan itu diambil setelah mendapati kemungkinan amat tipis sebarang serpihan pesawat berkenaan akan dijumpai di permukaan laut.

Beberapa buah kapal dari Australia, Malaysia dan China masih meneruskan dengan pencarian maritim dan pesawat udara Australia P3-Orion diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.



Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu.

Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya

China antara negara yang menghulur bantuan dalam misi mencari dan menyelamat MH370.
sumber : http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-china-sertai-sar-mh370-berlepas-pulang-35202

Monday, May 5, 2014

5 Mei 2014


PLUS Expressways Bhd (PLUS)

PETALING JAYA - Projek Lorong Keempat yang menelan belanja RM1.4 bilion, kini siap 62 peratus, kata Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Mohammad Fuad Khusairi.

Projek sepanjang 16 kilometer Shah Alam-Sungai Buloh, Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 km), Sungai Buloh-Rawang (13 km), dan Nilai (Utara) Susur Keluar-Port Dickson (27 km).

Bercakap pada taklimat media di sini hari ini, beliau bekata projek itu yang bermula pada Julai 2012, dijangka siap akhir tahun ini.

"Apabila siap, projek itu akan menambah kapasiti tambahan 33 peratus bagi menampung 220,000 kenderaan sehari berbanding 170,000 kenderaan sehari ketika ini," katanya.

Mohammad Fuad berkata, projek itu kini dalam fasa kedua, termasuk kerja menjajarkan dan menandai semula lorong serta kerja pembinaan turapan di laluan berkenaan.

"Untuk itu, kami akan mengambil langkah perlu untuk memastikan pengurusan trafik berkesan seperti membuka aliran kontra, memasang tanda amaran dan papan tanda maklumat, halangan plastik dan sebagainya," katanya.

Kerja-kerja turapan akan dilakukan pada waktu malam ketika bilangan trafik berkurangan, dan memerlukan minimum empat jam meratakan permukaan turapan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Fuad berkata beliau tidak mengetahui bahawa syarikat itu kini menjadi sasaran pengambilalihan oleh syarikat swasta seperti dilaporkan media baru-baru ini.

"Saya tidak tahu. Sebarang cadangan pengambilalihan perlu dikemukakan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, bukan kami,"katanya
semasa ditanya sama ada syarikat itu sudah menerima cadangan pengambilalihan berkenaan.

UEM Group Bhd dan KWSP kini menguasai Plus susulan program memiliknegarakan syarikat lebuh raya itu pada 2010. - Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/plus-lorong-keempat-62-peratus-siap-1.277232

Saturday, May 3, 2014

MH370: MAS sudah hubungi keluarga untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan

Aizat Sharif,Astro Awani |Kemas kini:Mei 03, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 03, 2014 11:51 MYT)

Gambar fail menunjukkan waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 akan menerima pendahuluan pampasan

KUALA LUMPUR: Perwakilan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) telah berhubungan dengan waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan.

Dalam satu kenyataan media, MAS menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut dalam kewangan mereka.

“Ianya juga tidak akan menjejaskan hak mereka untuk membuat tuntutan terhadap pampasan mereka selepas ini dan ianya akan dikira pada ganti rugi akhir nanti,” menurut MAS.

MAS turut menjelaskan bahawa berkenaan dengan perkara ganti rugi ini adalah sesuatu yang akan kekal sebagai sulit dan segala butirannya tidak akan dibincangkan secara terbuka demi menjaga dan menghormati waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut.

Semalam MAS memberitahu akanmemperuntuk sejumlah AS$50,000kepada setiap waris terdekat penumpang MH370 warga China sebagai bayaran pendahuluan pampasan.

Kenyataan tersebut yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido pada Jumaat, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.

Sunday, April 6, 2014

Aplikasi gajet tempatan

Shafiq serikan aplikasi tempatan
Oleh HAFIZ AHMAD DAN KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


DIANGGARKAN seorang pengguna memuat turun 10 aplikasi dalam satu masa.


POPULARITI telefon pintar dan tablet yang berasaskan Android semakin meningkat di seluruh dunia. Menurut penyelidik pasaran terkenal, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Android mendahului para pemain lain di dalam industri telekomunikasi termasuk Apple dengan sistem operasi iOS, Blackberry dan Windows.

Friday, April 4, 2014

Anak kita makin kurang ajar - ABDUL JALIL ALI

Sekadar gambar hiasan dari Google


3 April 2014

WALAUPUN marah dan kecewa, tidaklah boleh saya menyalahkan peraturan dan undang-undang Sweden. Kita kena menghormati dan mematuhi undang-undang orang lain, sama seperti kita mahu orang lain menghormati dan tidak mencampuri urusan undang-undang kita.

Sebagai rakan senegara simpati amat saya kepada Azizul Raheem Awalludin, dan isterinya Shalwati Nor Shal, yang masing-masing dihukum penjara 10 bulan dan 14 bulan, oleh Mahkamah Daerah Solna negara itu, 28 Mac lalu.

Tidak sahaja hukuman penjara, si suami juga diperintahkan membayar ganti rugi 67,200 SEK (mata wang Sweden) @ RM33,900, sementara si isteri kena 36,400 SEK @ RM18,362.

Sila klik