Sila klik

Thursday, November 24, 2011

Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli

Chef Wan kutuk Adlin
Oleh : AKMALIAH RAZAK
Tarikh : November 23, 2011





Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.

“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

sumber: Sinar Harian Online

No comments: