Saturday, October 15, 2011

Jenayah siber di Pahang membimbangkan




15/10/2011 3:12pm


KUANTAN — Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Thomas Navamoney berkata, kejadian terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang). Mangsa dilapor mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang haram di Hong Kong.

Thomas berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sindiket terbabit. 

— Bernama
Imej - Google

Wednesday, October 12, 2011

Mati didera bapa tiri



Gambar hiasan semata-mata. (Google)


Kanak-kanak 6 tahun maut disyaki didera bapa tiri


2011/10/11

MELAKA: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang cedera di bahagian paru-paru adalah akibat didera, disyaki oleh bapa tirinya, di Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, semalam. 

Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple meninggal dunia



Pengasas Apple meninggal dunia: Gambar fail menunjukkan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs tersenyum ketika melancarkan model baru iPhone di San Francisco pada 7 Jun tahun lalu. Apple dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengumumkan Jobs meninggal dunia pada umur 56 tahun. Jobs bergelut dengan penyakit kanser sejak 2004. - Foto AP


Pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia


2011/10/06

CUPERTINO (California): Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.
Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. - AP

Wednesday, October 5, 2011

Hampir RM30k hasil berblog

IMG01194-20110930-1906

Memang hebat Redmummy kerana komitmen dan kerajinan beliau berblog menghasilkan pendapatan yang amat mengujakan, lihatlah cek di atas.

Dipetik sahaja apa yang Redmummy tulis dalam posting terbarunya tentang cek-cek yang beliau terima....seperti di bawah.

Dek kerna kekangan masa, bz ya hamat sampai lupa nak cash out kan earnings, hah ko sampai 2 cheques datang serentak!  Hanya dari sponsored posts and ads via Nuffnang :)
Ko ingat aku dapat tu ngan menulis jer, ngan bersengkang mata, pi cover event sana sini, buat research bagai, ha…boyot2 pun buat semua tu yek. Lagi boyot lagi ramai engage hah, alhamdulillah.
Ye dik, semua ni hanya dari advertorials via blogging sahaja. Dengan berblog sahaja yek. TQ
(sumber: Redmummy.com)

Apple lancar iPhone 4S



Oleh Gaddafi Musli

     
KUALA LUMPUR: Gergasi teknologi, Apple Inc mengumumkan telefon pintar terbarunya, iPhone 4S pada majlis pelancaran di California awal pagi ini.

IPhone 4S dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definisi tinggi (HD), memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat pada iPad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas daripada iPhone 4.

Selain itu, Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.

Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.


IPhone 4S akan mula dijual pada 14 Oktober ini di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Jepun manakala di negara lain bermula 28 Oktober.

Di Amerika ia dijual pada harga USD199 (RM645) untuk model 16GB, USD299 (RM965) untuk model 32GB dan USD399 (RM1,287) untuk model 64GB, dengan kontrak selama dua tahun.

sumber: myMetro Online

Popular Posts

Sila klik