Saturday, October 15, 2011

Jenayah siber di Pahang membimbangkan




15/10/2011 3:12pm


KUANTAN — Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Thomas Navamoney berkata, kejadian terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang). Mangsa dilapor mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang haram di Hong Kong.

Thomas berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sindiket terbabit. 

— Bernama
Imej - Google

No comments:

Sila klik