Kelantan Terus Abadikan Nama Tokoh Pada Tempat Dan Jalan, Kata Nik Aziz
Showing posts with label Berita Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Berita Pelancongan. Show all posts
Saturday, March 31, 2012
Kelantan hormati tokoh-tokoh yang berjasa
Kelantan Terus Abadikan Nama Tokoh Pada Tempat Dan Jalan, Kata Nik Aziz
Thursday, March 15, 2012
Nik Aziz tarikan utama di Kelantan
Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa
Salmah Mat Husain, 15 Mac 2012
Salmah Mat Husain, 15 Mac 2012

Wednesday, September 28, 2011
National Geographic tayang hutan Malaysia

Hutan hujan Malaysia di National Geographic
28/09/2011 9:23pm
PUTRAJAYA — Hutan hujan Malaysia yang terkenal seperti di pusat perlindungan gajah Kuala Gandah di Pahang, Taman Negara dan Tasik Kenyir akan ditunjukkan kepada dunia menerusi saluran National Geographic tahun depan.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata filem dokumentari ‘The Malaysian Journey: Hutan’ itu yang akan diulas oleh pelakon aksi Hollywood, Jason Scott Lee akan berperanan utama dalam usaha Malaysia mempromosikan sektor ekopelancongan.
"Kita memiliki hutan hujan tertua di dunia dan ramai pelancong terbang ke negara ini kerana kita ada banyak rimba sama ada di bahagian timur atau barat Malaysia,” katanya di majlis pelancaran dokumentari tersebut bersama Lee, di sini hari ini.
Pembikinan filem dokumentari selama satu jam itu yang diterbitkan bersama saluran FOX International dengan Pelancongan Malaysia siap pada penghujung minggu lepas.
Kedua-dua pihak telah bekerjasama sejak lapan tahun lalu dan menerbitkan beberapa program yang berjaya dengan dibantu oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Sementara itu, Lee berkata, beliau sangat teruja untuk menerokai hutan hujan Malaysia yang terkenal itu dengan memberi keutamaan pentingnya memelihara ekopelancongan.
"Saya juga telah berpengalaman tinggal di sebuah kampung dan belajar mengenai kepelbagaian budaya di sini,” katanya.
Pada tahun 2007, Lee yang menjadi pendokong kuat terhadap alam sekitar dan pemeliharaannya menjadi pengulas dan mempersembahkan bahagian pertama dokumentari ‘Malaysian Journey’ mengenai seni silat oleh seorang juru silat tempatan, kehidupan kaum Rungus di Sabah dan tinggal bersama nelayan di Langkawi.
— Bernama
Wednesday, February 23, 2011
Malaysia Eye tarikan utama Pulau Melaka

PULAU MELAKA - Malaysia Eye yang akan dibina di Pulau Melaka akan mengantikan Eye On Malaysia yang beroperasi sebelum ini di Kota Laksamana.
Dengan ketinggian 88 meter, beberapa meter lebih tinggi daripada yang asal, Malaysia Eye mempunyai 54 gondola berhawa dingin dan boleh menampung enam orang bagi setiap gondola dengan mengambil masa kira-kira 16 minit sekali pusingan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Malaysia Eye boleh menampung seramai 324 penumpang dalam satu-satu masa.
Menurutnya, setiap gondola dilengkapi sistem telekomunikasi dan muzik bagi memberi keselesaan kepada pengguna.
“Kos pembelian dan pembinaannya bernilai RM30 juta dan dijangka siap akhir tahun ini.
“Dengan pembinaan Malaysia Eye ini, diharap dapat menyumbang kepada kemasukan pelancong hampir 1 juta setahun,” katanya.
Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga berharap pelancarannya dapat dilakukan pada 1 Januari 2012.
“Dengan siapnya projek ini, ia menjadi mercu tanda baru pelancongan di negeri ini, selain jeti dan Taman Singa laut yang turut terletak di sini,” katanya.
Menurutnya, memajukan sektor pelancongan amat penting dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia mempunyai kesan berganda dalam ekonomi perkhidmatan.
“Ia merangkumi sektor perhotelan, restoran, pengangkutan, peruncitan, kraf tangan dan lain-lain lagi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Sejak 1999 hingga 2009, seramai 47.25 juta pelancong melawat Melaka dengan purata peningkatan hampir 20 peratus,” katanya.
Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh 11 tahun, 72 peratus yang datang ke Melaka adalah pelancong domestik dan bakinya 28 peratus terdiri daripada pelancong asing,” katanya.
“Bagi 2009 sahaja, Melaka telah menerima kedatangan pelancong seramai 8.9 juta berbanding 7.2 pada 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 23.6 peratus,” katanya.
sumber : Sinar Harian
Sunday, January 23, 2011
Pelancongan
Kedudukan industri pelancongan yang semakin meningkat kepentingannya telah menjadikannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negeri Melaka. Selaras dengan moto "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia", Kerajaan Negeri Melaka telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk melawat negeri mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini.
Perkembangan pesat industri pelancongan di Melaka telah meningkatkan lagi kegiatan pertukaran wang asing, yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri Melaka lebih fokus dalam usaha memperbaharui kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan luar negara utama, di samping meningkatkan usaha-usaha yang berterusan bagi mempromosikan pelancongan tempatan. Peluang terbuka luas kepada para usahawan, pemilik perniagaan dan pelabur yang menyokong sasaran Kerajaan.
Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan yang boleh membantu usahawan dan pelabur yang ingin menceburi industri pelancongan di Melaka. Sila klik untuk maklumat lanjut:
Lesen dan Permit

Lesen atau permit bagi semua jenis perniagaan dalam industri pelancongan, secara amnya akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Bagi lesen yang berkaitan dengan kenderaan dan pengangkutan, ianya akan dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.
Sunday, December 26, 2010
Taman singa laut produk baru pelancongan Melaka

contoh Taman Singa Laut - kredit untuk Google Images
MELAKA: Taman Pertunjukan Singa Laut dan Ikan Lumba-Lumba yang dibina di Pulau Melaka di sini, diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taman pertunjukan singa laut itu meliputi kawasan seluas 0.729 hektar manakala taman pertunjukan ikan lumba-lumba yang terletak bersebelahannya seluas 1.296 hektar.
"Pembinaan Taman Pertunjukan Singa laut itu akan siap pada 15 November ini dan beroperasi sebelum bermulanya cuti penggal persekolahan akhir tahun ini," katanya selepas melawat tapak pembinaan taman itu dan kompleks Arab City di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Mohd Ali berkata, taman pertunjukan singa laut itu dibina kerajaan negeri dengan kos RM1.9 juta yang dibiayai Kementerian Pelancongan, mampu memuatkan sehingga 1,500 penonton pada satu-satu masa.
Katanya, kerajaan Melaka mensasarkan seramai 500,000 penonton datang menyaksikan pertunjukan itu dalam tempoh setahun dan bercadang untuk mengenakan tiket berharga RM10 seorang untuk pertunjukan selama 45 minit itu.
Mohd Ali berkata, taman itu akan diuruskan syarikat Purindo Empat Lestari Sdn Bhd di mana kerajaan negeri akan memungut hasil sebanyak 30 peratus daripada keuntungan kasar taman itu setahun.
"Pembinaan taman pertunjukan ikan lumba-lumba, kita serahkan kepada syarikat Purindo Empat Lestari Sdn Bhd yang akan membiayai semua kos pembinaan berjumlah RM30 juta," katanya.
Beliau berkata, pembinaan taman pertunjukan ikan lumba-lumba akan mengambil masa selama dua tahun tetapi tarikh mula pembinaannya masih belum ditentukan.
Mengulas pembinaan kompleks Arab City, Mohd Ali berkata, pembinaan membabitkan kos kira-kira RM50 juta yang dibiayai pelabur Arab itu akan siap pada Disember ini dan akan mula beroperasi Februari tahun depan.
Mohd Ali berkata, antara tarikan utama Arab City itu ialah sebuah muzium dua tingkat yang akan mempamerkan artifak asli dari Mesir seperti mumia dari negara yang kaya dengan hasil sejarah itu.
"Cadangan cara perniagaan bazar di kompleks ini amat menarik iaitu berniaga di kaki lima seperti perniagaan di negara Arab, kita boleh cuba cara ini di beberapa tempat di Melaka seperti di Kota Fesyen dan Medan Samudera," katanya. - BERNAMA
sumber: Berita Harian Online
Subscribe to:
Posts (Atom)