Monday, March 7, 2011

Pilihan raya kecil. Ada lagi kah?

Sekadar gambar hiasan.

Keputusan pilihan raya di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang telah pun kita ketahui. Apa pun yang penting rakyat telah diberi peluang untuk membuat pilihan terhadap segala rancangan dan program yang dinyatakan oleh kedua-dua pihak samada pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

Untuk tahun ini sahaja telah berlaku 16 kali pilihan raya kecil selepas PRU 2008. Kebanyakkan pilihan raya kecil diadakan kerana kematian penyandang ADUN atau ahli parlimen di sesuatu kawasan itu. Desas desus menyatakan yang lepas ini calon-calon yang akan bertanding di dalam pilihan raya mestilah melepasi tahap kesihatan yang optimum bagi langkah mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Bila berlaku pilihan raya di sesuatu kawasan yang untung ialah rakyat setempat yang akan dilimpahi dengan projek-projek pembangunan yang selama ini susah hendak dapat dengan wakil rakyat yang telah meninggal tersebut. Ini jika kita lihat dari sudut positifnya namun jika sebaliknya tentulah keadaan yang tegang antara penyokong-penyokong parti yang bertanding. Tetapi bagi rakyat yang berfikiran positif dan matang perkara ini boleh ditangani dengan baik dan aman.

Segala input yang diperolehi daripada parti-parti yang bertanding perlulah ditapis dengan pemikiran yang waras dan berpaksikan sandaran agama supaya pilihan yang dibuat tidak silap dan mendatangkan pekerjaan yang sia-sia. Jika rakyat telah matang dan boleh menilai apa yang dihidangkan itu maka beberapa kali pilihan raya pun tidak akan mendatangkan masalah.

No comments:

Sila klik