Bantu Jentera PRN Negeri Sembilan & Melaka Bergerak, Bantu Suara Islam Terus Dibawa

Thursday, May 8, 2014

NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim

'Kita royalti 5 peratus pun tak dapat lagi'

Kelantan akan membincangkan di Dewan Undangan Negeri mengenai usul menuntut royalti 20 peratus mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata cadangan meminta royalti sebanyak 20 peratus itu bagus dan lebih adil kepada negeri yang menyerahkan hasil mereka kepada Petronas.

Hudud: Ibarat kita baru nak beli kereta - Nik Amar

MUHAMMAD FAIZAL | 07 Mei 2014.

KUALA LUMPUR: Hasrat Kelantan untuk membawa usul berkaitan undang-undang Syariah ke Parlimen adalah usaha untuk meletakkan undang-undang Islam itu ke tempat yang betul.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana undang-undang syariah masih belum diterima di dalam negara ini.

Wednesday, May 7, 2014

Artis berhijrah yakin rezeki daripada Allah

HARAKAHDAILY | 07 Mei 2014.

MUTAAKHIR ini, kalangan artis dan celebriti yang berhijrah mendalami agama Islam semakin ramai. Walaupun menghadapi cabaran akan hilang sebahagian mata pencarian, namun ada juga yang rezekinya makin melimpah ruah. Semua itu dihadapi dengan tabah oleh mereka demi kecintaan kepada agama.

KM Sabah umum kawasan perintah berkurung


Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata.

Musa mengumumkan perakra itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut.

"Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya.

Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut.

“Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kenyataan itu dipetik.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan menubuhkan kawasan kawalan, yang mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu, katanya.

“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan kawasan kawalan ini,” katanya.

Berikut adalah kesemua sembilan langkah utama yang akan dilaksanakan, seperti diumumkan Musa:

Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.

Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.

Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.

Meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik seperti jumlah bot laju (Speed Boat) berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.

Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.

Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM supaya maklumat segera disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.

Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.

Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/262024

Penganut Kristian mungkin atasi jumlah umat Islam menjelang 2100, kata kumpulan Islam

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
MAY 06, 2014

Jika Kristian terus berkembang, jumlah mereka akan melebihi umat Islam dalam negara pada tahun 2100, kata kumpulan Islam. Gambar fail 

Dakyah Kristianisasi dibawa sekali lagi hari ini dalam satu forum di sebuah universiti awam di depan kira-kira 1,000 peserta dengan memberitahu mereka, jumlah penganut Kristian akan mengatasi umat Islam menjelang tahun 2100 di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar, berkata ini adalah berdasarkan pertumbuhan pesat penganut agama itu di Malaysia.

“Inilah yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia jika Kristianisasi terus dibenarkan di negara ini.


"Berdasarkan kajian kami, peratus perkembangan Kristian sangat besar setiap dekad," katanya di seminar tentang penggunaan nama Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Beliau berkata, statistik terakhir menunjukkan bilangan penganut Kristian 10% manakala Islam lebih 60%.

"Tetapi jika kristianisasi berterusan, menjelang 2100 akan ada jumlah yang sama antara Kristian dan Islam - 40%."

"Ia akan terus meningkat," katanya. – 6 Mei, 2014.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganut-kristian-mungkin-atasi-jumlah-umat-islam-menjelang-2100-kata-kumpu

Sila klik