Sila klik

Saturday, August 15, 2015

Ringgit Susut Kepada 4.1 Bagi AS$1



KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan penyusutan kepada 4.1000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat.

Pada pukul 11.24 pagi, KLCI turun kepada 24.19 mata atau 1.49% kepada 1,597.43.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga antara yang mencatat kerugian besar.

Maybank merosot 23 sen kepada RM8.37 dan Tenaga turun 22 sen kepada RM10.64.


Petronas Gas rugi 38 sen kepada RM21.04 manakala UMW turun 25 sen kepada RM9.28.BAT susut 78 sen kepada RM61.42 dan KL Kepong rugi 46 sen kepada RM20.56 manakala PPB Group turun 38 sen kepada RM14.74.

No comments: