Thursday, May 30, 2013

Shila Amzah menang anugerah lagi


Shila Amzah menang anugerah harum nama negara
30 MEI 2013



Penyanyi popular Shila Amzah sekali lagi menempa kejayaan apabila dia menerima Country Branding Award 2012-2013 di acara The BrandLaureate Best Brand Awards yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berita gembira ini turut dikongsi Shila yang telah memuat naik beberapa gambar diambil pada malam anugerah tersebut di laman sosial Instagram, termasuk gambarnya memegang trofi bersama penyanyi "Kekanda Adinda", Atilia.

Pelantun lagu "Patah Seribu" ini mula mendapat perhatian dan mengharumkan nama negara secara berterusan selepas memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai pada September tahun lepas.



Malah penyanyi berusia 22 tahun ini turut mendapat status penduduk tetap China kerana aktif mengadakan persembahan sekaligus mengembangkan kariernya di negara itu.

Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah!

Sebelum itu mari kita tengok beberapa keping gambar yang diambil oleh Shila malam itu.

















sumber : Tupai

No comments:

Sila klik