Sila klik

Sunday, October 7, 2012

Pemandu teksi KL terburukdi dunia


Sumber : www.zulkbo.com

Reputasi Pemandu Teksi KL Terburuk Di Dunia
KUALA LUMPUR: Hanya mengunakan beg selimpang, beg kamera kosong di leher dan mengenakan seluar longgar saya berlagak untuk menjadi sebahagian pelancong Mat Salleh.
Dilahirkan dalam keturunan campuran British Cina Malaysia, saya ditugaskan untuk "menyamar" sebagai pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur, yang dikatakan mempunyai reputasi pemandu teksi paling teruk di dunia, menurutLondonCabs.co.uk.
Laman web popular TripAdvisor juga memberi amaran kepada pelancong agar berwaspada dengan pemandu teksi di KL yang "enggan menggunakan meter".
Memetik laporan TripAdvisor "umumnya ia seperti serupa dengan rompakan di siang hari, dan apabila tawar-menawar berlaku, ia dibalas dengan isyarat yang kasar atau bahasa kesat ...".
Pada Virtualtourist.com pula, pengunjung mencatatkan: "Saya telah mengembara ke serata dunia, saya boleh memberitahu anda pemandu teksi di KL adalah yang palimg buruk yang pernah ditemui."
Sementara itu antara reaksi menjawab: "Setuju!Mereka memang terkenal di seluruh dunia untuk menipu pelanggan ! "

Di atas merupakan petikan dari sebahagian berita yang ditulis oleh Natalie Heng seorang wartawan mStar yang menulis tentang laporan yang disiarkan oleh LondonCabs.co.uk yang mengatakan pemandu teksi di Malaysia adalah yang paling teruk di dunia.
Beliau telah menyamar sebagai pelancung asing bagi menitip kebenaran terhadap dakwaan yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan para pemandu teksi khasnya.
Setelah menaiki sebanyak 11 teksi bermeter, jelas mereka tidak menggunakan meter, malah mengenakan bayaran yang tinggi iaitu sehingga RM25 walaupun bayaran yang sepatutnya hanya RM8 sahaja, kecuali seorang sahaja pemandu teksi yang menjadi pemandu yang sejati dan bukan penipu.
Bayangkan, 10 daripada 11 pemandu teksi adalah penipu dan mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelancung asing, perkara ini amat serius dan boleh mendatangkan implikasi negatif kepada industri perlancungan negara.
Di sini, kita menyeru semua pemandu teksi agar berusaha membaiki keadaan ini, kerana ia melibatkan maruah negara dan juga Islam jika kebanyakkan pemandu adalah Islam. Di mana imej Islam yang kita hendak mertabatkan jika perkara seumpama ini terus-terusan berlaku. Janganlah kita mengambil kesempatan terhadap pelancung asing yang datang ke negara kita disebabkan mata wang mereka tinggi nilainya berbanding duit kita. Walaupun mereka banyak duit, itu bukan persoalannya, soal etika dan maruah kita rakyat Malaysia yang terkenal bersopan santun dan berbudi bahasa telah tergadai akibat sikap para pemandu teksi tersebut.
Diharapkan persatuan pemandu teksi dapat mendisiplin ahlinya, kuatkuasa kembali penggunaan meter, di mana penumpang boleh membuat aduan secara terus jika meter tidak digunakan dengan mewajibkan semua teksi menampal nombor SMS persatuan di belakang tempat duduk pemandu. 
Kembalikan maruah kita dengan memperbaiki keadaan agar rezeki yang diterima halal dan berkat.

No comments: